Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Semakan Arah Kiblat Melalui Istiwa’ Adzam dan Kaedah Buruj

Semakan Arah Kiblat Melalui Istiwa’ Adzam dan Kaedah Buruj

0 0
Read Time:3 Minute, 22 Second
Mohammad Fitri Afiq Bin Azman (2016)

 

Ilmu Astronomi atau ilmu falak dikenali sebagai Ilmu Kaji Bintang. Definasi Perkataan Falak bermaksud jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang atau objek samawi. Firman Allah di dalam Al-Quran,

“Matahari tiada sepatutnya mengejar bulan, dan malam tiada sepatutnya mendahului siang. Masing-masingnya beredar pada falaknya (tempat peredarannya).” (Surah Yaasin :40)

Menurut kalangan Sarjana Islam ilmu bintang dikenali sebagai ilmu Tabie (sains), satu ilmu yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan. Ini termasuklah pergerakan Matahari kerana Matahari adalah salah satu dari berbilion bingtang di angkasa. Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya serta fenomena yang berkaitan.

Hubung kait astronomi dalam ibadah.
Bagi orang islam, arah kiblat adalah sangat penting kerana ia merupakan antara salah satu daripada syarat-syarat sah solat samada solat fardhu atau solat sunnat. Hadith Nabi juga turut menjelaskan bahawa waktu-waktu solat ditetapkan mengikut pergerakan Matahari. Jika kita amati terdapat perubahan waktu solat setiap hari, ini kerana perubahan yang berlaku pada pergerakan Matahari akan mempengaruhi perubahan waktu solat

“Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang yang beriman menurut waktu-waktu yang ditentukan” (Surah An-Nisa’ :103)

Sebelum menyusul kaedah lebih lanjut, eloklah kita mengetahui kompenan yang penting tentang istiwa’ adzam ini iaitu maksud kiblat itu sendiri. Kiblat merupakan titik rujukan di bumi ke arah kaabah, maka secara khususnya maksud arah kiblat ialah arah terpendek ke kaabah. Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat. Disebabkan Bumi berbentuk sfera, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Mengikut koordinat, lokasi Kaabah (di 21° 25′ 24″ N, 39° 49′ 24″ E) boleh ditentukan secara geometri untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

Kaedah tradisional menentukan arah kiblat.
Kaedah tradisional ini telah digunakan sejak dahulu lagi tanpa sebarang alat astronomi atau kaedah matematik iaitu melalui peristiwa istiwa’ adzam, kaedah buruj bintang dan matahari terbenam.

Peristiwa istiwa’ adzam

Gambar bayang semasa berlaku istiwa’ adzam di Balai Cerap Teluk Kemang

Fokus pada waktu Malaysia, kejadian matahari istiwa di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, jam 5.28 petang (bukan tahun lompat). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.

Panduan membuat semakan arah kiblat
• Dirikan satu objek yang lurus atau berpandukan objek lurus yang menegak seperti tiang atau bingkai tingkap untuk semak arah kiblat.
• Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.
• Pastikan jam atau masa adalah tepat ketika melakukan penyemakan arah kiblat. Sila rujuk waktu SIRIM.

 

Kaedah buruj bintang

Setiap objek astronomi samada Bulan,bintang dan Matahari akan terbit disebelah timur dan terbenam ke sebelah barat. Maka, kaedah semak arah kiblat dengan kaedah buruj bintang adalah dengan menggunakan kedudukan Belantik atau Orion (buruj) atau Buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu Mintaka, An-Nilam dan An-Nitak. Buruj Belantik akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib.

Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.

Sejak dahulu lagi para sarjana ilmuan Islam banyak member sumbangan dalam bentuk ilmu kepada masyarakat menerusi kitab-kitab tulisan mereka, salah satunya sumbangan dalam bidang ilmu falak atau astronomi. Ilmu astronomi juga mempunyai kaitan dengan ibadah seharian umat islam khususnya. Dengan menguasai ilmu astronomi, pengetahuan tentang langit boleh memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %