Matahari : Bintang Kecil dan Istimewa
Matahari ialah satu bebola gas bercahaya ataupun bintang yang berada di tengah-tengah sistem suria kita. Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria dan semua jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya. Pengaruhnya jauh merentasi ke hujung sistem sehingga ke Neptun dan Pluto.
Matahari dibentukkan oleh gas yang amat panas, mengandungi hampir keseluruhannya ialah hidrogen (71% dari segi jisim) dan helium (27% dari segi jisim). Terdapat sedikit kandungan karbon, nitrogen, oksigen, besi dan unsur oksigen, dan unsur-unsur berat yang lain. Suhu teras matahari boleh menjangkaui 15 juta degree Celsius. Purata diameter bagi Matahari ialah 1.4 juta km lebih kurang 109 kali ganda saiz Bumi.Struktur Matahari terdiri daripada teras dimana suhu dan tekanan sangat tinggi menyebabkan atom hidrogen berlanggar sesama sendiri dan berlaku proses pencantuman nucleus,zon radiasi di mana tenaga daripada teras bergerak secara perlahan melalui proses radiasi di lapisan ini dan struktur seterusnya ialah zon perolakan.Di zon ini, haba dan cahaya dibawa oleh arus yang berulang alik (rising and falling currents) di seluruh zon.
Matahari bintang yang kecil? Betul ke?
Matahari merupakan bintang yang paling hampir dengan Bumi iaitu pada jarak hampir 150 juta kilometer. Matahari amat besar jika dibandingkan dengan saiz Bumi iaitu 109 kali ganda, tetapi saiz Matahari adalah bersaiz sederhana berbanding bintang lain. Jika kita lihat bintang yang terang pada waktu malam, bintang-bintang tersebut jauh lebih besar dari Matahari. Oleh kerana jarak Matahari dengan Bumi adalah dekat berbanding dengan bintang-bintang yang lain, maka kita melihat Matahari adalah objek yang paling besar dan paling terang di langit.
Video dibawah menunjukkan perbandingan saiz diameter Matahari (1.3 juta km) dan bintang red hypergiant, Stephenson 2-18 (3 billion km).
Sumber : Rakaman dari aplikasi telefon pintar – Universe in the Nutshell
Di buruj Belantik (Orion) terdapat bintang Betelgeuse yang amat besar jika dibandingkan dengan Matahari kita kira-kira 600 kali ganda besar.
Mengapa ia begitu istimewa bagi kita?
Matahari bintang yang istimewa terutama bagi planet kita, Bumi. Ini kerana ia memberi sumber cahaya dan haba yang menjadi kepentingan kepada segenap makhluk yang hidup di Bumi. Tanpa Matahari mungkin tiada lah kita di atas Bumi ini. Tumbuhan memerlukan cahaya Matahari bagi proses fotosintesis. Haiwan dan manusia memerlukan oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan untuk hidup serta sebagai salah satu sumber makanan.
Proses fotosintesis oleh tumbuhan hijau
Tanpa haba dari Matahari, segala di permukaan Bumi akan keras membeku. Dengan tekonologi moden yang makin berkembang maju, cahaya dan haba Matahari juga digunakan sebagai alternatif tenaga elektrik melalui panel solar. Menjadi pusat bagi Sistem Suria, graviti Matahari mengekalkan putaran planet-planet mengelilinginya mengikut orbit masing-masing sekaligus mengekalkan peredaran planet ini tanpa berlanggar antara satu sama lain.
Walaupun Matahari bersaiz kecil berbanding bintang-bintang gergasi di langit yang kita lihat tetapi ia amat lah penting bagi kita untuk terus kekal hidup di Bumi. Fenomena astronomi seperti gerhana juga memerlukan peranan cahaya Matahari untuk berlaku. Matahari bintang istimewa.