Zuhal:Raja Bulan

Zuhal:Raja Bulan

Planet Zuhal merupakan planet ke enam daripada Matahari dan merupakan kedua terbesar di dalam sistem suria.Pada 7 Oktober 2019, ‘International Astronomical Union Minor Planet Center’ mengumumkan penemuan 20 biji bulan baru mengelilingi Zuhal menjadikannya memiliki 82 biji bulan,mengatasi Musytari yang memiliki 79 biji bulan.Zuhal dengan ini merupakan planet yang memiliki bulan paling banyak.

Penemuan bulan baru ini adalah dengan menggunakan Teleskop Subaru  yang terletak di Maunakea,Hawai’i.Setiap bulan yang ditemui ini berukuran lebih kurang 5km dan 17 darinya mengelilingi Zuhal secara bertentangan dengan arah rotasi planet Zuhal pada paksinya.Tiga daripada 20 bulan baru ini mengelilingi Zuhal pada arah yang sama,dua darinya berdekatan dengan Zuhal dan mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Zuhal.18 bulan yang selebihnya mengambil masa lebih dari tiga tahun untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Zuhal.

Zuhal dan tiga bulannya (Titan,Rhea,Dione) yang boleh kelihatan daripada bumi.

English English Malay Malay