Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Messier 8 (M8) / NGC 5623: Lagoon Nebula

Messier 8 (M8) / NGC 5623: Lagoon Nebula

0 0
Read Time:2 Minute, 54 Second
Latipah bt Redzuan (Pelajar Latihan Industri, UPM 2017)

 

Nebula berasal daripada perkataan latin iaitu Nebulae yang berarti awan di mana ianya adalah kumpulan awan antara bintang. Terdapat pelbagai jenis nebula yang wujud di alam semesta ini dan salah satunya adalah Lagoon Nebula.

Nebula adalah kilang bintang yang merupakan tempat kelahiran bintang-bintang baru. Menurut kajian, nebula dikatakan terdiri daripada debu, gas dan plasma yang berada di angkasa yang  boleh membentuk menjadi bintang. Debu-debu nebula yang akan membentuk bintang yang bersaiz sederhana atau besar terjadi hasil daripada letupan-letupan kecil di angkasa.  Daripada bintang-bintang yang ada di langit pada waktu malam, terbentuk pula buruj yang sering digunakan sebagai penunjuk jalan kepada pelayar-pelayar kapal di lautan atau orang yang sesat di dalam hutan.

Lagoon Nebula atau lebih dikenali sebagai M8 terletak berdekatan dengan buruj Sagittarius (archer)dimanaburujtersebutberadabeberapa degree dibawah nebula ini. Lagoon nebula iniadalah nebula yang terbesar dan antara yang paling terang di kawasan Sagittarius.Kebiasaanbagi nebula adalah ianya tidak dapat dilihat melalui mata kasar kerana kedudukannya yang terlalu jauh dengan bumi. Ia di tambah pula dengan kewujudannya yang agak samar kerana terdiri daripada debu dan gas. Tetapi menariknya, kewujudan Lagoon Nebula ini antara nebula yang boleh dilihat secara jelas dengan menggunakan mata kasar manusia ketika cuaca dalam keadaan baik dan jauh dari pencemaran cahaya.

  1. Jarak antara bumi dan nebula :antara  4000-5000 tahun cahaya
  2. Dimensi Lagoon Nebula :   90 x 40 arkaminit
  3. Saiz sebenar Lagoon Nebula :   3 kali ganda saiz bulan dimana saiz bulan sendiri

adalah ¼ daripada saiz bumi

           Tambahan pula, melalui teleskop canggih masa kini yang terdapat di kesemua Balai Cerap di Malaysia atau di dunia, kewujudan nebula tidak lagi perlu diragui kerana gambar-gambar nebula boleh diperolehi dengan jelas dan cantik dengan menggunakan peralatan perakam.

Kedudukan sebenar antara nebula dan buruj Saggitarius.

 

M8:lagoon nebula ;M16: eagle nebula ; M17: omega nebula ; M20: trifid nebula ; M22: globular cluster ; M23:open cluster ; M25: open cluster.

KENAPA ’’LAGOON’’  ?

Laguna atau lagoon adalah air yang cetek air yang dipisahkan dari badan air yang lebih besar oleh pulau atau terumbu karang. Laguna biasanya dibahagikan kepada lagun pantai dan lagunatol.Seperti yang sedia maklum, majoriti nebula dinamakan sempena bentuknya sendiri. Jika dilihat dari mata kasar, kita dapat melihat bentuk lagoon yang jelas pada nebula ini. Oleh kerana itu nebula ini dinamakan Lagoon Nebula.

                          Lagoon                                                 Lagoon Nebula

WAKTU SESUAI UNTUK MELIHAT LAGOON NEBULA

Mengikut kiraan antarabangsa, waktu yang terbaik untuk melihat Lagoon Nebula ini adalah bermula daripada pertengahan musim panas hingga pertengahan musim gugur dan ianyaterletak pada ketinggian maximum pada waktu awal pagi sekitar jam 4 a.m. pada permulaan bulan March. Selain itu, ianya juga mudah dilihat tanpa teropong pada malam musim sejuk di lintang selatan kerana ianya terletak di bahagian gelap Bima Sakti.

Kesemua gambar di bawah merupakan gambar “Lagoon Nebula” yang telah di ambil melalui teleskop seperti yang terdapat di Balai Cerap Telok Kemang, Port Dickson.

Gambar Lagoon Nebula pada 10 Jun 2016 jam 1.15pagi waktu Malaysia.

 

Gambar Lagoon Nebula pada 25 April 2017 jam 5.52pagi waktu Malaysia.

 

Gambar Lagoon Nebula pada 23 July 2017 jam 9.41 malam waktu Malaysia.

Dengan menikmati keajaiban serta keunikan langit yang dihiasi bintang-bintang merupakan satu anugerah yang menakjubkan dan mampu memberi kesedaran kepada kita betapa kecil dan kerdilnya kita jika dibandingkan dengan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t yang lain.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %