Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Planet Kerdil : Dunia Kecil Di Dalam Sistem Suria

Planet Kerdil : Dunia Kecil Di Dalam Sistem Suria

0 0
Read Time:1 Minute, 28 Second
Multazam Yazid (Pelajar Latihan Industri, USIM 2017)

 

Planet kerdil adalah kategori baru sebuah planet yang diperkenalkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada 2006. Realitinya, pengesahan sesuatu jasad samawi sebagai planet atau tidak bukanlah suatu perkara yang mudah. Bahkan, ianya perlu melalui lebih banyak perbincangan dan perdebatan semata-mata untuk mengklasifikasikan sesuatu objek itu boleh diiktiraf sebagai planet.
Oleh itu, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mentafsirkan planet kerdil sebagai jasad cakerawala dan mempunyai 4 kriteria tertentu. Antaranya adalah :

1.  Objek tersebut mesti beredar mengelilingi Matahari.
2. Jasad itu mesti mempunyai jisim yang cukup, membolehkan daya gravitinya untuk mengatasi daya jasad tegar, dengan itu ia berada dalam bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulan). Dalam kata lain, objek yang mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sferanya.
3. Objek dikelilingi objek-objek lain yang sama atau lebih besar berdekatan dengan orbitnya.
4. Ianya bukan satelit.

Oleh sebab itu, punca mengapa Pluto tidak diklasifikasikan sebagai planet ke-9 dalam Sistem Suria adalah kerana terdapat objek – objek yang sama atau lebih besar beredekatan dengan orbitnya. Pluto hanyalah pecahan kecil sama seperti bahan – bahan berais yang berada di sekelilingnya.

5 Planet Kerdil yang berjaya dikenalpasti

Kesimpulannya, planet kerdil merupakan jasad berbentuk sfera di dalam Sistem Suria yang mempunyai beberapa ciri seperti planet tetapi tidak mempunyai kekuatan graviti yang cukup untuk menolak atau mengusir objek-objek lain dari kawasan orbitnya. Setakat ini secara rasminya terdapat lima planet kerdil yang dikenalpasti, tetapi bilangannya akan bertambah. Antaranya adalah Pluto, Eris, Makemake, Haumea dan Ceres yang diberikan status sebagai planet kerdil.

Tonton video animasi musikal berbahasa Inggeris di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 5 planet kerdil ini :

Kredit : Kids Learning Tube (Youtube)

Oleh : Multazam Yazid
Pelajar Latihan Industri, USIM (2017)

 

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %