Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Supermoon November 2016: Fenomena Bulan Penuh Pada Jarak Paling Dekat Dengan Bumi Sejak Tahun 1948

Supermoon November 2016: Fenomena Bulan Penuh Pada Jarak Paling Dekat Dengan Bumi Sejak Tahun 1948

0 0
Read Time:4 Minute, 21 Second

Fenomena Supermoon berlaku semasa fasa Bulan Penuh atau Bulan Baru berada di kedudukan paling dekat dengan Bumi, atau juga dipanggil sebagai perigee. Ketika fenomena Super Full Moon, bulan kelihatan 12% hingga ke 14% lebih besar berbanding ketika bulan mengalami fenomena Micromoon (bulan di kedudukan terjauh dari Bumi). Fenomena Supermoon yang berlaku pada 14 November 2016 merupakan jarak paling dekat diantara Bulan Penuh dan Bumi sejak 26 Januari 1948. Fenomena Supermoon pada jarak sedekat ini dijangka akan berlaku lagi pada 25 November 2034 (UTC).

Perbandingan Perigee dan Apogee yang berlaku pada tahun 2017

Perigee dan Apogee
Orbit bulan yang mengelilingi Bumi tidak mempunyai bentuk bulat yang sempurna sebaliknya berbentuk elips, yang mana satu bahagian nya berhampiran dengan Bumi berbanding sebahagian yang lain. Oleh disebabkan itu, jarak diantara Bulan dan Bumi berubah-ubah sepanjang bulan dan tahun. Secara puratanya, jarak Bulan ke Bumi ialah 382 900 km (238 000 batu). Titik dimana orbit Bulan yang terdekat dari Bumi dipanggil perigee manakala titik yang terjauh dipanggil apogee.

Super Full Moon dan Super New Moon
Apabila Bulan Penuh berlaku semasa ia berada dijarak terdekat dari Bumi, fenomena ini dipanggil sebagai Super Full Moon. Manakala Bulan Baru yang berlaku semasa ia dikedudukan perigee dikenali sebagai Super New Moon. Fenomena Micromoon pula berlaku semasa fasa Bulan Penuh atau Bulan Baru berada dijarak terjauh dari Bumi. Ia juga dikenali sebagai Minimoon, Mini Full Moon atau Mini New Moon.

Supermoon – Bukan istilah Rasmi
Supermoon bukanlah istilah astronomi yang rasmi. Istilah ini digunapakai kali pertama oleh seorang tukang ramal (ahli nujum), Richard Nolle pada tahun 1979. Menurut beliau, Supermoon ialah “Bulan Baru atau Bulan Penuh yang berlaku apabila ia dikedudukan (dalam lingkungan 90%) terdekat dari Bumi semasa didalam paksinya”. Tiada penerangan yang jelas mengenai penggunaan 90% didalam takrifan beliau itu. Tiada tanda ukur yang rasmi bagi berapa jauh atau dekat jarak diantara Bulan dari Bumi agar ia boleh dipanggil Supermoon atau Micromoon. Disebabkan terdapat perbezaan pendapat tentang jarak ini, jika Bulan Penuh dipanggil sebagai Supermoon oleh sesetengah pihak tapi bagi pihak yang lain ia mungkin tidak lagi memenuhi kriteria untuk dipanggil sebagai Super Full Moon.

Maksud Supermoon
Takrifan ini digunapakai di laman web timeanddate.com:
Supermoon: Bulan Penuh atau Bulan Baru yang berlaku semasa jarak diantara pusat Bulan ke pusat Bumi kurang dari 360 000 km (223 694 batu).
Micromoon: Bulan Penuh atau Bulan Baru yang berlaku semasa jarak diantara pusat Bulan ke pusat Bumi lebih dari 405 000 km (251 655 batu).

Istilah Teknikal: Perigee-syzygy
Istilah teknikal bagi Supermoon ialah perigee-syzygy of the Earth-Moon-Sun system. Di dalam astronomi, istilah syzygy merujuk kepada konfigurasi garis lurus (sejajar) oleh tiga objek angkasa. Apabila Bulan berada berhampiran di nod lunar dalam laluan nya semasa syzygy, ia menyebabkan berlakunya gerhana matahari penuh dan gerhana bulan penuh.

Bulan Kelihatan Lebih Besar dan Lebih Cerah
Disebabkan bulan berada di jarak yang terdekat dengan Bumi, Super Full Moon kelihatan 7% lebih besar dari purata saiz Bulan Penuh yang biasa. Jika dibandingkan dengan Micromoon, ia pulak kelihatan 12% hingga 14% lebih besar. Super Full Moon juga kelihatan 30% lebih cerah dari Micro Full Moon dan 16% lebih cerah dari purata Bulan Penuh biasa.

Lebih Cantik Ketika Bulan Terbit
Masa yang terbaik bagi melihat Super Full Moon ialah selepas bulan terbit, dimana bulan berada di atas ufuk (jika keadaan cuaca mengizinkan). Di kedudukan ini, Super Full Moon akan kelihatan lebih besar dan lebih cerah berbanding jika ia berada lebih tinggi di langit kerana di kedudukan ini, saiz Super Full Moon yang dilihat dapat dibandingkan dengan objek lanskap seperti bukit dan bangunan. Ini dipanggil sebagai Ilusi Bulan.

Kesan Pasang Surut
Fenomena pasang surut di Bumi kebanyakannya disebabkan oleh daya tarikan graviti Bulan dari satu sisi Bumi ke sisi yang lain. Graviti Bulan boleh menyebabkan penyurutan atau peralihan berskala kecil benua yang dipanggil sebagai pasang surut daratan atau solid Earth tides. Fenomena ini berlaku secara maksimum ketika Bulan Penuh atau Bulan Baru kerana Matahari dan Bulan berada dikedudukan sejajar atau bertentangan dengan Bumi.
Apabila Bulan berhampiran dengan Bumi, daya tarikan graviti menyebabkan perubahan yang besar diantara air pasang tinggi dan rendah. Ia juga menyebabkan spring tides yang lebih tinggi atau dikenali sebagai perigean spring tide atau king tide. Fenomena ini tiada kaitan sama sekali dengan musim bunga (spring) tetapi ia lebih merujuk kepada sinonim lompatan. King tide boleh menyebabkan banjir besar yang luar biasa di kawasan pantai. Pasang surut berlaku lebih kecil ketika Micromoon kerana bulan berada jauh dari Bumi dan daya tarikan graviti yang lebih rendah menyebabkan perubahan yang kecil diantara air pasang tinggi dan rendah. Ia juga dikenali sebagai neaps atau neap tide, dari Anglo-Saxon yang bermaksud tiada kuasa.

Supermoon Boleh Menyebakan Bencana Alam?
Walaupun kedudukan Matahari dan Bulan sejajar boleh menyebabkan kenaikkan berskala kecil pada aktiviti tektonik (sub-lapisan kerak Bumi), tetapi kesan fenomena Supermoon keatas Bumi adalah sangat kecil. Banyak saintis telah menjalankan kajian mengenai perkara ini dan mereka menemui tiada bukti ketara yang menghubungkan fenomena Supermoon dan bencana alam. Menurut NASA, apabila Bulan didudukan paling dekat ketika fasa Bulan Penuh, tidak memberikan kesan kepada keseimbangan tenaga dalaman Bumi kerana adanya lunar tides setiap hari.

Lihat lebih banyak gambar perbandingan apogee dan perigee yang berjaya dirakam oleh Balai Cerap Telok Kemang di sini – Supermoon

Rujukan: Laman sesawang timeanddate.com

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %