Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Gerhana Bulan Penuh 2022

Gerhana Bulan Penuh 2022

0 0
Read Time:1 Minute, 42 Second

 

Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022 (Selasa) berlaku selama 3 jam 3 minit. Ingin tahu lebih lanjut mengenai Gerhana Bulan, boleh klik pautan ini.

Fasa gerhana bulan penuh berlaku selama 1 jam 25 minit. Bagi Semenanjung Malaysia, prospek untuk melihat Gerhana Bulan Penuh (ketika warna bulan menjadi merah) adalah rendah kerana bulan baru sahaja terbit dari ufuk timur semasa kemuncak gerhana berlaku. Jika anda ingin mencuba kerana tempoh yang boleh gerhana penuh dilihat sejurus bulan terbit adalah sekitar 42 minit. Cari kawasan yang mempunyai pandangan ufuk yang luas (tidak terhalang dengan pokok atau bangunan), jika cuaca langit adalah baik ANDA MUNGKIN BERPELUANG MELIHAT GERHANA BULAN PENUH!

Namun, bertuahnya warga negeri Sabah dan Sarawak, anda berpeluang untuk melihat Gerhana Bulan Penuh dengan jelas (sekiranya cuaca baik). Ini kerana Gerhana Bulan Penuh berlaku selepas bulan terbit di atas ufuk iaitu sekitar jam 6:16 petang. Jom tonton siaran langsung pencerapan gerhana bulan penuh dari Semporna, Sabah oleh team BCTK di youtube channel – Telok Kemang Observartory.

 

Berikut adalah fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh 2022 secara umumnya mengikut waktu Malaysia. 

 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.” – (Fussilat: 37)

Umat Islam disunatkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana semasa berlakunya gerhana bulan. Solat sunat gerhana boleh dilaksanakan sejurus berlakunya gerhana mengikut kawasan dan waktu tempatan.

“Jika kalian melihat sesuatu dari itu (gerhana) maka solatlah sehingga bercahaya kembali.” – (Riwayat Muslim,904)

Gerhana Bulan Penuh boleh dilihat melalui mata kasar sahaja. Namun, cara yang lebih menarik untuk melihat gerhana bulan penuh ini adalah dengan menggunakan binokular atau teleskop. Perkara yang paling utama untuk melihat gerhana bulan penuh ini adalah keadaan cuaca yang tidak berawan dan tidak hujan. Selain itu, memilih lokasi yang selamat dan permandangan yang menghala ke arah timur serta tidak terhalang seperti bangunan tinggi.

Selamat mencerap warga Malaysia. Semoga langit dan cuaca yang baik untuk kita semua.

 

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %