Katalog Astronomi: Kejiranan di Angkasa

Katalog Astronomi: Kejiranan di Angkasa

Muhammad Dzarfan bin Muhammad Khairin (Pelajar Latihan Industri, USIM 2021)

 

Setiap kali kita mendongak memerhati isi langit pasti kita akan teruja mengamati permandangan jutaan bintang dan objek-objek astronomi yang terapung jauh dari lapisan atmosphera bumi. Objek- objek astronomi ini terdiri dari pelbagai jenis yang masing-masingnya itu di kumpulkan dalam beberapa kumpulan. Kumpulan ini berkongsi persamaan dari segi sifat, bentuk, kaedah pengesanan, kaedah penemuan yang sama dan morfologi. Pengumpulan ini diberi nama sebagai “Katalog Astronomi”, ianya adalah senarai panjang penemuan objek astronomi yang telah direkodkan didalam jadual secara katalog.

Terdapat pelbagai kumpulan di dalam Katalog Astronomi, dan kumpulan yang paling besar dan tertua ialah Katalog Bintang. Seperti yang kita ketahui bintang adalah objek Astronomi yang paling banyak di angkasa, ribuan jenis bintang yang telah di daftarkan didalam Katalog Astronomi, ini termasuklah bintang yang umum sehinggalah bintang yang memiliki ciri-ciri yang istimewa seperti bintang gergasi, bintang inframerah, kluster bintang dan sebagainya.


Adapun bagi katalog umum seperti objek langit kelam (deep sky) atau objek selain bintang juga adalah antara kumpulan yang terbesar. Sama seperti bintang, objek lain seperti nebula, galaksi, sumber sinar-X, sumber radio, quasar, asteroid, komet dan kumpulan kelas lain juga mempunyai ciri-ciri khusus yang tersendiri.

Katalog Messier

Katalog ini di kumpulkan oleh seorang ahli astronomi yang bernama Charles Messier pada abad ke18, beliau telah menyusun sebanyak 103 objek langit. Antara fakta menarik mengenai katalog ini adalah kerana Charles Messier hanyalah berminat untuk mencerap komet sahaja. Namun disebabkan kekecewaannya tercerap objek selain komet, beliau telah menyenaraikan objek-objek tersebut supaya tidak mengulangi lagi kesilapan beliau itu.
Katalog ini telah deperbaharui kandungannya pada abad ke20 dengan menambahkan lagi sebanyak 7 objek, yang secara tidak langsung telah menggenapkan bilangannya menjadi 110 objek. Katalog Messier ini adalah objek yang tidak bergerak dan itu menjadi tanda bahawa ianya adalah objek langit kelam (deep sky) dan bukannya komet. Di dalam katalog Messier ini terdiri dari objek-objek langit kelam seperti:
1. Galaksi
2. Nebula
3. Kluster bintang
4. Globular kluster bintang

New General Catalogue (NGC)/ Katalog Am Baru

Langit mempunyai objek-objeknya yang teramat banyak yang berada di ruang angkasa yang teramat luas, walaupun begitu tamadun manusia tanpa berputus asa sekian abad terus berusaha mengumpul dan merekodkan penemuan-penemuan mereka dari hasil cerapan dan pemerhatian mereka. Kesan dari usaha tanpa henti ini maka terkumpulah sebuah Katalog Am Baru “New General Catalogue” selepas dari katalog klasik Messier.
NGC memiliki jumlah objek langit yang jauh lebih banyak berbanding Katalog Messier dan ianya adalah katalog yang terlengkap merangkumi semua jenis objek angkasa seperti galaksi, kluster bintang, nebula dan lain-lain. Jumlah objek astronomi yang tersenarai dibawah NGC adalah sebanyak 7,840 objek. Penyusun katalog NGC adalah John Louis Emil Dreyer dan disusun pada tahun 1888. Pada tahun 1895 dan 1908 Dreyer telah menerbitkan dua lagi supplements NGC yang dikenali sebagai Katalog Indeks yang mengandungi sebanyak 5,386 objek astronomi.

Index Catalogue/ Katalog indeks

Dreyer menerbitkan dua suplemen untuk NGC pada tahun 1895 dan 1908, yang dikenali sebagai Katalog Indeks “IC”, yang mengandungi 5,386 objek astronomi lagi tambahan kepada katalog Am Baru. Di dalam dunia Astronomi katalog ini lebih dikenali sebagai IC dan NGC, kedua- dua katalog ini digunakan secara meluas dan ia adalah katalog yang paling popular dikalangan ahli astronomi.

Sehingga saat ini banyak penemuan-penemuan objek astronomi yang berjaya ditemui dan dikatalogkan, para ahli astronomi barat dan timur sentiasa melakukan kajian tanpa henti siang dan malam. Ini kerana, masih berjuta lagi objek yang belum ditemui yang mungkin akan membantu kepada perkembangan dan kemajuan tamadun bumi dan penduduknya.

Rujukan
1. Lain Todd, September 13, 2020, https://www.skyatnightmagazine.com/space-science/messier-catalogue
2. https://bctkpd.com/katalogmessier
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Messier_object
4. http://www.futura-sciences.us/dico/d/space-ngc-50005960