Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Sejarah Cerapan Anak Bulan Di Malaysia

Sejarah Cerapan Anak Bulan Di Malaysia

0 0
Read Time:1 Minute, 55 Second
Amirul Hazim bin Kamarulzaman (Pelajar Latihan Industri, USIM 2019)

 

Kewujudan anak bulan atau juga dikenali sebagai hilal adalah permulaan bulan baru dalam takwim hijri. Aktiviti mencerap anak bulan dilakukan sebaik sahaja matahari terbenam pada hari ke 29 dalam takwim hijri setiap bulan. Jika dahulu, aktiviti mencerap anak bulan dibuat tanpa menggunakan alat bantuan optik seperti teleskop atau teodolit. Namun kini, alat bantuan optik digunakan bagi memudahkan urusan para pencerap anak bulan. Kepentingan dalam mencerap anak bulan kebiasaannya sangat signifikan untuk bulan-bulan tertentu seperti untuk menentukan permulaan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Ketiga-tiga bulan ini merupakan amat penting bagi umat Islam untuk melaksanakan ibadah puasa, Aidilfitri dan Aidiladha.

Hilal Ramadan 2018.

Menelusuri sejarah cerapan anak bulan di Malaysia, aktiviti mencerap anak bulan telah pun dilakukan seawal tahun 1930-an. Di Malaysia, lokasi pertama cerapan anak bulan pada awal tahun 1930-an telah dilakukan di Telok Kemang, Negeri Sembilan. Ianya menjadi lokasi cerapan rasmi untuk penentuan awal bulan Ramadan dan Syawal. Telok Kemang terkenal sebagai lokasi kenampakkan anak bulan paling tinggi dalam sejarah. Balai Cerap Telok Kemang yang dahulu telah beroperasi secara rasmi sejak tahun 1960-an lagi.

 

Gambar Balai Cerap Telok Kemang sekitar tahun 1970-an yang dahulunya dikenali sebagai Rumah Melihat Anak Bulan.

Dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-92 pada 15&16 Mac 1972, ahli mesyuarat telah bersetuju supaya penetapan tarikh permulaan puasa Ramadan, tarikh Hari Raya Aidilfitri dan tarikh Hari Raya Aidil adha ditentukan meliputi seluruh Malaysia. Cerapan anak bulan yang pertama kali dilakukan bagi menetapkan permulaan puasa bagi seluruh Malaysia dibuat pada tanggal 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Telok Kemang, Negeri Sembilan. Bermula saat itu, pengisytiharan permulaan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Radio dan Televisyen setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

 

Maklumat rasmi dari laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

 

Gambar Baitul Hilal Telok Kemang sekitar tahun 1990-an.

Selari dengan perkembangan teknologi dan arus pemodenan, Balai Cerap Telok Kemang dinaiktaraf sebagai sebuah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang bagi mengembangkan ilmu falak dan astronomi untuk masyarakat. Kompleks ini beroperasi secara rasmi setelah pengubahsuaian pada tahun 2012.

Gambar Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang yang terkini.

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %