Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Mengenali Nebula – Bukan Sekadar Awan Angkasa

Mengenali Nebula – Bukan Sekadar Awan Angkasa

0 0
Read Time:3 Minute, 37 Second
Nur Afiqah binti Mohamad (Pelajar Latihan Industri, USIM 2020)

 

Apakah itu nebula?
Nebula (banyak: nebulae) adalah satu kumpulan awan debu dan gas gergasi di angkasa. Beberapa nebulae terhasil daripada debu dan gas yang terjadi kerana letupan bintang yang telah mati, seperti supernova. Beberapa nebulae adalah tempat di mana terhasilnya bintang yang baru.
Kebanyakan nebulae terdiri daripada 90% hydrogen, 10% helium dan 0.1% elemen lain seperti carbon, nitrogen, magnesium, potassium, kalsium dan besi. Awan ini sangat besar, bahkan antara yang objek terbesar di dalam galaksi.

Bagaimana bintang terhasil daripada nebula?
Nebulae terjadi daripada debu dan gas, kebanyakannya terhasil daripada elemen hydrogen dan helium. Debu dan gas di dalam nebula terserak luas, namun graviti perlahan-lahan akan menarik kesemuanya bersama. Semakin besar gumpalan itu, semakin kuat graviti mereka. Adapun, gumpalan debu dan gas itu menjadi sangat besar sehinggakan ia jatuh daripada gravitinya sendiri. Dan kerana itu, bahagian tengah awan itu memanas dan terasnya adalah pemula kepada kemunculan bintang.

Di manakah nebulae?
Nebulae wujud di antara bintang di ruang angkasa,yang dikenali sebagai ruang interstellar.

Bagaimana untuk melihat nebula?
Ada beberapa nebula yang dapat dilihat dengan mata kasar dan beberapa yang lain yang boleh dilihat dengan binokular yang baik. Teleskop diperlukan untuk cerapan yang lebih jelas. Namun, mata manusia tidak sensitif untuk menampakkan kebanyakan warna nebulae. Semuanya adalah hasil daripada fotografi untuk menghasilkan gambar daripada objek indah ini. Para pengkaji astronomi menggunakan teleskop berkuasa tinggi untuk mengambil gambar nebulae yang jauh. Teleskop angkasa seperti ‘Spritzer Space Telescope’ dan ‘Hubble Space Telescope’ kepunyaan NASA telah menangkap beberapa nebulae yang jauh.

Apakah jenis dan warna nebula?
Nebula Pancaran (Emission Nebula): Berwarna merah kerana kandungan hydrogen yang tinggi. Warna-warna seperti biru dan hijau juga boleh terhasil daripada atom elemen lain, namun hydrogen sentiasa kelihatan lebih banyak. Nebula Pantulan (Reflection Nebula): Ia biasanya kelihatan bewarna biru disebabkan cahaya yang terserak. Cahaya bewarna biru terserak lebih luas. Nebula Gelap (Dark Nebula): Awan debu yang menghalang cahaya objek di belakangnya. Nebula Planet (Planetary Nebula): Nebula ini diberi sedemikian kerana bentuknyayang bulat dan sering disalah erti sebagai sebuah planet. Ledakan Supernova (Supernova Remnant): Ia terbentuk apabila suatu bintang itu mati dalam satu letusan yang besar iaitu supernova.

Siapakah yang menemukan nebula?
‘Planetary Nebula’ yang pertama ditemukan adalah Nebula Dumbbell, M27 yang ditemukan oleh Charles Messier pada 1764. Dia kemudiannya menambah 4 objek angkasa itu kedalam katalognya. Pada 1790, Herschel menemukan NGC1514, sebuah ‘Planetary Nebula’ dengan bintang teras yang terang. Dia menyedari bahawa objek baru ini terhasil daripada debu dan gas, bukan daripada gugusan bintang seperti yang disangkal pada waktu itu. Herschel mengenalpasti 79 objek sebagai ‘Planetary Nebula’, namun 20 daripada senarai itu betul sedangkan 13 yang lain yang dia kelaskan sebagai objek lain rupanya adalah pelindung kepada gas-gas ini.

Dumbbell Nebula

Adakah nebula itu panas atau sejuk?
Suhu gas di dalam nebula ini boleh mencapai 10,000 darjah Celsius, dan bintang teras yang ada di ‘Planetary Nebula’ adalah antara yang sangat panas di alam semesta, dengan suhu antara 25,000darjah sehingga 200,000 darjah Celsius. Bintang teras itu juga adalah sangat panas, sehingga boleh mencecah ratusan sehingga ribuan kali lebih panas daripada matahari. Walaubagai manapun, kerana suhunya yang tinggi, mereka bersinar di dalam ultraviolet dan kebiasaannya mati di dalam cahaya yang kelihatan.

Apakah nebula paling dekat dengan Bumi?
Nebula paling dekat dengan Bumi adalah Nebula Helix. Ia adalah sisa bintang yang mati, kemungkinan seperti matahari. Jaraknya lebih kurang 700 tahun cahaya dari Bumi.

Helix Nebula

Apakah nebula paling terang di langit?
Nebula Orion adalah yang paling terang di langit. Nebula Orion yang juga dikenali sebagai Messier 42, M42 atau NGC1976 adalah nebula yang terletak di Bima Sakti, menjadi Selatan bagi Orion’s belt di dalam buruj Orion.

Orion Nebula

Apakah kepentingan nebula?
Nebula adalah satu objek penting di dalam astronomi kerana mereka memainkan peranan penting dalam pembentukan bintang.

Bagaimana Quran mendefiniskan Nebula?
Quran telah pun menceritakan perihal nebula terutamanya tentang Nebula Rosette. Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Ar-Rahman ayat 37:

فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

“Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti [kilapan] minyak.”

Perkataan bahasa arab yang diiterjemahkan sebagai “menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak” disamakan dengan objek langit iaitu mawar merah. Terjemahan ini sangat hamper dengan satu objek langit iaitu, Nebula Rosette.

Rosette Nebula

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %