Gerhana Bulan

Gerhana Bulan

Gerhana merupakan peristiwa alam yang terjadi dalam setiap tahun. Gerhana bulan terjadi apabila bulan melalui sebahagian dari bayang-bayang bumi. Proses kejadian ini berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Pada masa itu, cahaya Matahari ke Bulan terhalang oleh Bumi yang menyebabkan gerhana bulan berlaku.

  1. Gerhana Bulan Penuh
  2. Gerhana Bulan Separa
  3. Gerhana Bulan Penumbra

Peredaran matahari dan bulan telah di sebut di dalam ayat al-quran:

وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ دَآئِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ

“Dan Dia (Allah) telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (QS. Ibrahim 14:33)

Nabi Muhaamad S.A.W bersabda apabila kamu melihat gerhana hendaklah kamu sembahyang gerhana dua rakaat.

Ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

Khusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat.

Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.

Jadi ulamak berpendapat hanya gerhana Matahari / Bulan Penuh dan gerhana Matahari / Bulan separa sahaja akan dilakukan ibadah solat sunat gerhana ni.

Proses Kejadian Gerhana Bulan

Gerhana Bulan Penuh

Keadaan ini berlaku di saat gerhana maksimum, keseluruhan bulan masuk ke dalam bayangan umbra bumi. Gerhana Bulan Penuh terjadi ketika kedudukan matahari, bulan dan bumi berada pada kedudukan yang lurus. Saat ini bulan akan terlihat gelap kerana cahaya matahari masuk ke bulan dihalangi oleh bumi. Namun keadaan bulan tidak sepenuhnya gelap, kerana sebahagian cahaya masih mampu sampai ke permukaan bumi oleh pantulan atmosfera bumi.

Rajah 1: Proses kedudukan Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Separa terjadi ketika kedudukan matahari, bumi dan bulan tidak pada satu garisan lurus sehingga tidak seluruh bahagian bulan terhalang daripada matahari oleh bumi. Sebahagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra sehingga masih ada sebahagian sinar matahari yang sampai permukaan bulan. Sebahagian bulan pula berada di bahagian umbra bumi yang terlindung daripada cahaya matahari.

Rajah 2: Proses kedudukan Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Penumbra

Gerhana penumbra terjadi jika lebih separuh bulan hanya memasuki bayangan penumbra bumi dan bulan masih mampu dilihat. Gerhana Bulan Penumbra terbahagi kepada dua iaitu Gerhana Bulan Penumbra Penuh dan Gerhana Bulan Penumbra Separa.

Rajah 3: Proses kedudukan Gerhana Bulan penumbra

Kesan-kesan Gerhana Bulan

Kesan Gerhana Bulan terhadap kelakuan manusia

  • Dari sudut agama Islam, gerhana bulan atau matahari tidak memberi kesan apa-apa kepada manusia, kerana gerhana adalah bukti dan tanda Kekuasaan Allah dan atas sebab itu, umat Islam disunatkan perbanyakan zikir dan selawat serta solat sunat gerhana sepanjang gerhana bulan berlaku.
  • Banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa tiada kesan gerhana bulan secara langsung yang jelas terhadap kelakuan manusia.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a bahawa Nabi. s.a.w bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.”

Kesan Gerhana Bulan terhadap paras air laut.

  • Sebenarnya air pasang surut terjadi akibat graviti bulan, matahari dan putaran bumi. Kombinasi ketiga tiga faktor ini menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari.
  • Ada sesetengah tempat mengalami dua kali air pasang dan dua kali air surut. Manakala tempat-tempat lain mengalami sekali air pasang dan surut sahaja.
  • Secara mudah, pantai yang menghadap sumatera mengalami dua kali pasang dan surut dan pantai timur dan borneo mengalami sekali sahaja.
  • Mana mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan graviti yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil.
  • Walaubagaimanapun jika kedudukan bulan dan matahari selari, iaitu ketika bulan penuh dan anak bulan, air pasang akan lebih tinggi. Fenomena yang berlaku setiap 2 minggu ini dikenali sebagai spring tide.

Rajah 4: Proses air pasang surut

Anda boleh melihat gambar-gambar Gerhana Bulan yang telah dirakamkan oleh Balai Cerap Telok Kemang di sini.

Gerhana bulan penumbra pada 6 June 2020 (Sabtu) akan bermula jam 1:50 pagi sehingga 5:04 pagi. Kemuncak gerhana adalah pada jam 3:25 pagi. Gerhana bulan penumbra agak sukar dilihat dengan mata kasar mahupun dengan menggunakan alat optik. Ini kerana kesan bayang penumbra Bumi yang jatuh ke bulan adalah sangat malap atau samar. Kaedah yang terbaik adalah dengan mengambil gambar dan membuat perbandingan.


Oleh :Siti Nabila bt. Ahmad
Pelajar Latihan Industri UPM,2017