Komet
Multazam Yazid (Eksekutif Pelatih Dakwah MAINS 2017)
Komet 45P/Honda-Mrkos-Pajdušáková
Komet adalah objek langit yang mengelilingi matahari dengan garis edar berbentuk lonjong atau parabolis atau hiperbolis. Istilah “komet” berasal dari bahasa Yunani iaitu Kometes, yang berarti “rambut panjang”. Komet dianggap wujud di luar planet dalam jumlah yang banyak, seperti di Gelung Kuiper.
Komet terbentuk dari ais dan debu. Komet terdiri dari kumpulan debu dan gas yang membeku apabila berada jauh dari matahari. Apabila menghampiri matahari, sebagian dari komet akan menguap membentuk kepala gas dan ekor. Panjang ekor komet boleh mencapai sehingga jutaan kilometer. Beberapa komet perlu menempuh jarak yang jauh di luar angkasa daripada planet. Beberapa komet memerlukan ribuan tahun untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari.
Bahagian-bahagian komet terdiri dari Nukleus/teras, koma, awan Hydrogen dan ekor.
1. Nukleus/teras, merupakan bahan yang sangat padat, diameternya mencapai beberapa kilometer, dan terbentuk dari penguapan bahan-bahan ais dari komet,dan kemudian berubah menjadi gas. (teras komet adalah bongkah batu dan ais.)
2. Koma, merupakan kawasan kabut atau kawasan yang seakan-akan tabir di sekeliling teras.
3. Lapisan hidrogen, iaitu lapisan yang menyelubungi koma. Malah ianya tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Diameternya adalah sekitar 20 juta kilometer.
4. Ekor, iaitu gas bercahaya yang terjadi apabila komet mula menghampiri matahari. Arah ekor komet selalunya akan menjauh dari matahari.
Bahagian ekor komet terdiri dari dua jenis, iaitu ekor debu dan ekor gas.
1. Bentuk ekor debu seperti bentuk lengkungan.
2. Manakala ekor gas berbentuk lurus.
Koma atau ekor komet tercipta saat mendekati matahari, iaitu apabila bahagian teras bertukar menjadi gas. Angin matahari kemudian meniup gas tersebut sehingga membentuk asap yang mengepul ke arah belakang kepala komet. Ekor inilah yang terlihat bersinar dari bumi. Oleh itu, sebuah komet boleh menghasilkan satu ekor dan ada juga yang mempunyai dua atau lebih.
Berdasarkan bentuk dan panjang lintasanya, komet dapat dikelas kepada dua jenis, iaitu:
1. Komet berekor panjang, iaitu komet dengan garis lintasannya yang sangat jauh melalui kawasan-kawasan yang sangat sejuk di angkasa sehingga sempat menyerap gas-gas kawasan yang dilaluinya. Apabila menghampiri matahari, komet tersebut akan menghasilkan gas sehingga membentuk koma dan ekor yang sangat panjang.
Contohnya, komet Kohoutek yang melintasi matahari setiap 75 ribu tahun sekali dan komet Halley setiap 76 tahun sekali.
2. Komet berekor pendek, iaitu komet dengan garis lintasannya sangat pendek sehingga kurang berkesempatan untuk menyerap gas di kawasan yang dilaluinya. Apabila menghampiri matahari, komet tersebut melepaskan gas yang sangat sedikit dan hanya membentuk koma dan ekor yang sangat pendek bahkanada juga yang hampir tidak berekor.
Contohnya komet Encke yang melintasi matahari setiap 3.3 tahun sekali.