Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Hujan Meteor Eta-Aquariids

Hujan Meteor Eta-Aquariids

0 0
Read Time:1 Minute, 24 Second

Hujan meteor atau dipanggil juga sebagai juraian meteor adalah satu fenomena yang berlaku apabila bilangan meteor dapat dilihat dengan banyak dalam satu masa tertentu. Hujan meteor terjadi apabila orbit Bumi menghampiri laluan sesebuah komet. Serpihan dari ekor komet yang berada didalam aliran orbit ini akan memasuki atmosfera Bumi dan seakan datang dari satu titik asal di langit yang kebiasaannya berada di sesebuah buruj. Maka hujan meteor dinamakan bersempena buruj tersebut. Terdapat pelbagai jenis hujan meteor yang berlaku setiap tahun.

Komet Halley
(Kredit: Halley Multicolor Camera Team, Giotto Project, ESA)

Eta-Aquariids adalah hujan meteor yang berasal dari komet Halley. Titik asal yang dikenali sebagai “radiant” bagi Eta-Aquariids adalah buruj Aquarius. Hujan meteor eta-Aquriids aktif bermula dari 19 April sehingga 28 Mei setiap tahun dan kemuncaknya adalah diantara 4-6 Mei. Sewaktu kemuncak, meteor ini dapat dilihat dengan bilangan 50 meteor per jam dengan kelajuan sekitar 42 mph. Cerapan dan jumlah bilangan meteor yang bakal dilihat adalah bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor pencemaran cahaya.

Arah hujan meteor eta-Aquariids dari titik radiant
(Sumber: Universe Today)

Bagi tahun 2020, kemuncak hujan meteor eta-Aquariids adalah pada 6 Mei bermula pada jam 3:00 pagi tetapi terdapat gangguan cahaya bulan yang hampir purnama pada malam tersebut. Ini merendahkan prospek untuk melihat hujan meteor. Prospek akan bertambah baik menjelang jam 5:30 pagi apabila bulan telah terbenam di ufuk barat. Lebih menarik berdekatan buruj Aquarius anda juga bakal melihat 3 buah planet iaitu Marikh, Zuhal dan Musytari!

Keduduakan radiant hujan meteor eta-Aquariids dan 3 buah planet pada 6 Mei 2020.

 

Bagi yang ingin mencerap hujan meteor ini, selamat mencuba dan selamat berpuasa bagi yang beragama Islam!

Sumber: International Meteor Organization, timeanddate.com

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %