Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Tompok Matahari

Tompok Matahari

0 0
Read Time:2 Minute, 11 Second

Matahari adalah objek terbesar dalam sistem suria kita. Sebuah bebola api yang saiznya berjuta kali lebih besar dari Bumi, ia terdiri kebanyakkannya daripada gas Helium dan gas Hydrogen, dan ia telah membekalkan kepada Bumi tenaga haba dan cahaya selama berjuta-juta malahan berbilion tahun lamanya. Matahari juga telah mengekalkan planet yang kita diami ini dalam orbitnya selama mana ia telah wujud sejak permulaan kehidupan. Pada Matahari yang hebat dan menakjubkan ini, berlaku juga beberapa fenomena yang menarik yang boleh kita selidiki, perhati dan kagumi, seperti fenomena ‘tompok matahari’.

Lapisan-lapisan Matahari (Sumber: Wikipedia)

Dalam satu tempoh yang tertentu, fenomena sementara berlaku di matahari yang dinamakan ‘tompok matahari’ atau sunspot boleh kelihatan. Fenomena ini terjadi pada permukaan luar matahari atau ‘fotosfera’ matahari dan saiznya ini juga adalah amat besar. Tompokan matahari ini kelihatan seperti satu kawasan gelap pada matahari. Ini kerana pada kawasan ini berlaku aktiviti magnet yang melampau dan tidak sekata, justeru menyebabkan kawasan tersebut kehilangan tenaga. Kehilangan tenaga ini membawa kepada kehilangan haba, justeru menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan yang lebih sejuk berbanding kawasan permukaan matahari yang lain.


Fenomena Tompok Matahari Pada Permukaan Matahari (Sumber: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson)

Tompok Matahari (Sumber: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson)

Satu tompok matahari itu berkemungkinan juga boleh mengembang pada kawasan yang sama, namun yang pasti ia akan hilang sepenuhnya selepas beberapa hari atau minggu. Disebabkan matahari juga berputar mengikut paksinya, fenomena ini hanya boleh diperhatikan apabila ia berada pada permukaan yang menghadap bumi, namun ini tidak bermakna ia telah hilang sepenuhnya pada permukaan matahari tersebut. Tompok matahari juga dikelaskan kepada beberapa ciri. Contoh pengkelasan ini adalah ‘Pengkelasan Zurich’ atau ‘Pengkelasan Kumpulan Tompok Matahari McIntosh’ dimana tompok matahari dikelaskan kepada saiz, bentuk, atau kadar aktiviti magnetik. Di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus baru-baru ini telah mengikuti perkembangan tompok matahari yang dinamakan Sunspot 2565 dan Sunspot 2567 dan gambar kedua-duanya telah diambil bermula dari 13hb Julai 2016 sehingga 21hb Julai 2016. Sunspot 2565 mengembang dari 120 kepada 350 jutaan hemisfera, atau dari 364.8 kepada 1065.2 juta kilometer persegi, manakala Sunspot 2567 telah mengembang dari 190 kepada 390 jutaan hemisfera, atau dari 577.6 kepada 1186.8 juta kilometer persegi.

Peredaran Tompok Matahari ‘Sunspot 2565’ dan ‘Sunspot 2567’ (Sumber: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson)

Peredaran Tompok Matahari ‘Sunspot (Sumber: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson)

Sudah tentu, tompok matahari adalah satu fenomena yang sepatutnya kita hargai dan kaji yang berlaku pada Matahari. Sebagai kesimpulan, tompok matahari adalah antara suatu kejadian indah yang dicipta Tuhan agar kita boleh ambil iktibar akan kehebatan-Nya justeru mengingatkan kita agar sentiasa merendah diri.

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %