Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Corona di Matahari dan Bulan?

Corona di Matahari dan Bulan?

0 0
Read Time:1 Minute, 12 Second

Ramai telah mengetahui tentang penyebaran wabak coronavirus atau lebih tepatnya COVID-19 yang semakin membimbangkan. Kepada rakyat Malaysia, patuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi sama-sama menyekat penyebaran wabak ini. Berikutan pengumuman arahan Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020, orang ramai dinasihatkan untuk #stayhome dan mempraktikkan social distancing bagi mengurangkan penyebaran wabak. Macam Bulan dan Bumi seperti dibawah.

 Kredit: Wandering Planet (Twitter)

Tahukah anda, di dalam astronomi juga terdapat istilah corona. Tapi bukan virus ya!

Pertama adalah Sun Corona atau korona Matahari yang merupakan lapisan ketiga atmosfera Matahari. Kedua adalah Lunar Corona atau korona Bulan iaitu kesan fenomena optik yang boleh dilihat pada Bulan.

Di Matahari, korona ialah lapisan atmosfera yang paling luar sekali. Matahari mempunyai tiga lapisan atmosfera – fotosfera, kromosfera dan korona. Korona tidak dapat dilihat kecuali semasa berlakunya Gerhana Matahari Penuh. Semasa Gerhana Matahari Penuh, korona ini akan kelihatan seperti cahaya putih jernih yang tersebar luas ke angkasa sehingga boleh menjangkau lebih satu juta kilometer dari permukaan Matahari.

 

Lunar Corona (Korona Bulan) pula ialah satu kesan fenomena optik. Ia bukan lah lapisan atmosfera seperti di Matahari. Korona Bulan terjadi akibat pembiasan cahaya Bulan oleh titisan air dan kristal ais yang berada di awan. Korona Bulan kelihatan seperti terdapat beberapa gelungan atau cincin yang berwarna pastel/pelangi di sekitar Bulan. Anda mesti penah lihat fenomena ini semasa melihat bulan yang terdapat awan dihadapan nya.

 

 

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %