Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Bintang

Bintang

0 0
Read Time:4 Minute, 34 Second
Aqilla Bt Othman (Pelajar Latihan Industri, USIM 2017)

 

 

(5)وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang (5)”
Surah Al-Mulk [67] : 5

Jika kita lihat di langit pada waktu malam, akan terdapat ribuan objek-objek kecil yang berkelipan. Itulah yang dinamakan ‘Bintang’. Tapi tahukah anda, di luar sana terdapat jutaan lagi bintang-bintang yang tidak mampu untuk dilihat melalui pancaindera manusia? Apakah itu bintang? Bintang adalah sebuah hidupan di langit yang mempunyai haba, tenaga dan cahayanya yang tersendiri. Kebiasaan ciri-ciri yang digunakan untuk mengkelaskan jenis-jenis bintang di langit adalah berpandukan saiz, suhu, ketumpatan, jisim, kadar kecerahan dan komposisi kimianya. Untuk rujukan awal, pengkelasan bintang kebiasaannya bermula dengan Matahari sebagai bintang induk kita. Walaupun jaraknya dengan Bumi hampir 150 juta km (1AU), kewujudannya telah Allah swt ciptakan membantu bukan sahaja umat manusia, bahkan binatang-binatang juga tumbuh-tumbuhan menjalani proses kehidupan seharian secara normal. Namun begitu, Matahari merupakan bintang yang paling kecil dan paling sejuk jika dibandingkan dengan bintang-bintang lain yang terdapat di angkasa. Semua bintang kecuali Matahari akan terlihat seperti satu titik yang bercahaya dan bersinar di langit malam, kerana jaraknya yang sangat jauh dari Bumi kerana saat kita melihat langit, kita sedang memandang cahayanya di waktu lampau.

PROSES KELAHIRAN BINTANG

Sesebuah bintang lahir daripada awan gas dan habuk gergasi yang berkumpul dikenali sebagai nebula, yang dapat dilihat dari Bumi pada waktu malam tetapi ianya tidak jelas dengan pandangan mata kasar. Hayat bintang bermula apabila gas dan habuk nebula yang mengecut, bermula menjadi setompok zarah yang sangat besar. Dari itu, secara perlahan-lahan bintang yang baru akan menjadi lebih besar dan membesar dengan cepat sehingga ia menjadi gergasi merah (red giant) dan mengecut semula menjadi bintang white dwarf.  Bintang menghasilkan tenaga di pusatnya, dengan menukarkan hidrogen kepada helium kerana tindak balas nuklear. Dan selepas berbilion tahun, bintang akan menjadi gergasi merah yang lebih besar dan lebih cerah dari Matahari kita setelah bercampur dengan bahan api hidrogen. Sebaik menjadi gergasi merah, umur bintang pun telah sampai ke penghujung hayatnya yang mana lapisan luarnya yang nipis akan terapung di angkasa dan membentuk lingkaran asap yang cantik.

 

 

SUHU BINTANG

Setiap bintang memiliki warna yang berbeza kerana suhunya yang berbeza. Bintang kelas O adalah lebih panas berbanding bintang kelas M dan Matahari kita berada di dalam kelas G. Bintang bergantung kepada berapa banyak bahan yang terkandung di dalamnya untuk hidup lebih lama. Bintang yang lebih besar dan panas daripada Matahari akan padam lebih cepat berbanding bintang yang kecil.

JARAK BINTANG

Bagaimana jika ingin mengira jarak sesuatu bintang dari arah mata kita melihatnya dari Bumi? Mudah sahaja, dengan menggunakan kaedah mengukur jarak tahun cahaya. Tahun cahaya ialah jarak dan masa yang diambil oleh cahaya objek langit untuk sampai ke Bumi dalam masa satu tahun. Menggunakan kaedah Trigonometric Parallax, Aristarchus mengira jarak Bumi ke Matahari bersamaan 1AU (Astronomical Unit) iaitu 150, 000, 000 (150 juta) km.

 

Jarak : Kelajuan x Masa

Kelajuan cahaya : 300, 000 km per saat.

1 tahun    : ? saat

1 minit : 60 saat

1 jam : 60 minit
: (60 minit x 60 saat)
: 3, 600 saat

1 hari  : 24 jam
: (24 jam x 3, 600 saat)
: 86, 400 saat

1 tahun : 365 hari
: (365 hari x 86, 400 saat)
: 31, 536, 000 saat

Kelajuan cahaya dalam 1 tahun : 300, 000 km x 31, 536, 000 saat
: 9, 460, 000, 000, 000 km

1 tahun cahaya : Kelajuan Cahaya x 1 tahun
: 300, 000 km x (1 tahun x 365 hari/ 1 tahun) x (24 jam/ 1 hari) x (60 min/1 jam) x (60 saat/ 1 minit)
: 9, 460, 000, 000, 000 km (9.46 trillion km) jarak cahaya yang diambil untuk sampai ke Bumi dalam masa satu tahun.

KUMPULAN BINTANG

 (16) وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاء بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)” Surah Al-Hijr [15] : 16

Langit malam berubah sepanjang hari kerana putaran Bumi pada paksinya yang mengelilingi Matahari selama 365 hari setahun. Oleh sebab itu, kita tidak akan melihat Matahari dan bintang-bintang yang lain pada masa yang sama. Kita boleh melihat laluan Matahari sepanjang  laluan ekliptik bergerak dari arah Barat ke arah Timur, untuk melengkapkan litarnya setiap hari dan buruj bintang-bintang yang terdapat di sepanjang laluan ekliptik itulah yang dinamakan zodiak, iaitu 12 buruj di antara 88 buruj keseluruhannya. Dengan gugusan-gugusan bintang ini kita boleh mencari arah mata angin, mencari arah kiblat solat, membantu para nelayan mencari jalan pulang ke darat selepas berlayar, mengenal pasti waktu yang sesuai untuk bercucuk tanam dan juga menuai.

(97) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُواْ بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ قَدْ فَصَّلْنَا الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut.”  Surah Al-An’aam [6] : 9

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %