Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Sejarah Penubuhan Balai Cerap

Sejarah Penubuhan Balai Cerap

0 0
Read Time:4 Minute, 4 Second
Nurul Izaty Liyana (Pelajar Latihan Industri, USIM 2017)

 

Balai cerap mempunyai peranan yang sangat besar dalam memajukan astronomi Islam kerana ia merupakan sebuah bangunan atau institusi yang sistematik yang digunakan untuk mencerap objek angkasa bagi tujuan memahami sifat fizikal objek tersebut.

Sejarah Perkembangan Balai Cerap Awal

Terdapat perbahasan dan perbezaan pendapat antara ahli astronomi dan sejarawan  tentang istilah balai cerap yang diberikan kepada tempat-tempat cerapan objek-objek angkasa berlaku sebelum tamadun Islam. Menurut Hawkins, Stonehenge di Wiltshire, England adalah struktur terawal yang dikaitkan dengan binaan untuk mengawasi matahari dan bulan. William Stukey yang merupakan orang pertama menyatakan pendapat tersebut.

Walau bagaimanapun, ahli astropologi dan ahli sejarawan seperti Stover dan Kraig menganggap monumen tersebut sebagai satu pusat perkuburan. Clive Ruggles juga tidak bersetuju dengan pendapat William seolah-olah memaksa teori astronomi ke atas batu-batu besar tersebut. Beliau memberikan kenyataan tentang Stonehenge iaitu pelbagai faktor yang mempengaruhi orientasi sesebuah monumen dan kedudukannya. Kajian terhadap Stonehenge perlu dilakukan dengan secara  minda yang terbuka.

Aydin Sayilli yang merupakan pengkaji balai cerap pada zaman tamadun Islam telah menemui balai cerap pertama di dunia. Istilah konsep dan istilah balai cerap bukan sahaja pertama di dunia islam, bahkan ia merupakan produk asli yang telah dicadangkan oleh Al-Ma’mun, pemerintah zaman kegemilangan Islam. Tulisan beliau disokong oleh cendekiawan yang mengkaji tentang astronomi pada zaman itu seperti George Saliba, David A.King dan s. Kennedy. Aydin Salinini mengatakan sejarah balai cerap bermula dari Baghdad dan berakhir di Istanbul. Terdapat tiga fasa pembinaan balai cerap zaman tamadun Islam iaitu:-

Balai cerap fasa awal pada kurun ke-9 dan ke-10 M.

  • Kekuatan utama pembinaan balai cerap adalah sokongan daripada pemerintah sendiri khususnya Al-Ma’mun.
  • Tujuan binaan adalah astrologi dan meramal masa depan.
  • Balai cerap pertama yang dibina ialah Balai Cerap Syammasiya dan Qasiyun (sebahagian daripada Baitul Hikmah).
  • Baitul Hikmah merupakan perpustakaan dan pusat penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa arab serta sebagai pusat penulisan dan pembelajaran.
  • Oleh kerana itu, ramai ahli sains dan ahli astronomi berkumpul untuk melakukan perbincangan ilmiah dan melaksanakan cerapan.
  • Tetapi, kajian dan kerja-kerja yang dilakukan mempunyai masa yang singkat dan program yang dilakukan terhad.
  • Ulama dan ahli agama tidak menyokong aktiviti yang dilakukan di balai cerap kerana ia dikaitkan dengan meramal masa depan dan astrologi.
  • Balai cerap masih belum mendapat pengiktirafan sebagai sebuah institusi.
  • Pada kurun ini juga, balai cerap mula persendirian pesat berkembang dan mampu menjayakan projek cerapan.
  • Antara ahli sains dan astronomi yang aktif ialah Al-Biruni, Ibn Sina, Ibn Yunus, Sulayman Ibn Isma dan Mansur Ibn Talha.

Balai  cerap fasa pertengahan pada kurun ke-11 hingga ke-14 M.

  • Pada awal pertengahan kurun ke-11 M, balai cerap diruntuhkan apabila berlaku perubahan pemerintah dan masih tidak berfungsi dengan baik disebabkan instrumen yang kurang baik.
  • Namun, pada awal kurun ke-12 hingga ke-15 M, balai cerap menjadi lebih baik sehingga menjadi balai cerap contoh  bagi negara Eropah dan China.
  • Sebuah balai cerap telah dibina pada tahun 1120 M dan hampir siap. Namun, balai cerap itu diruntuhkankan oleh khalifah selepas kematian penaung balai cerap tersebut kerana pemahaman pergerakan planet dikaitkan dengan ramalan masa depan serta dianggap sihir.
  • Selepas itu, Balai Cerap Malikshah dibina pada 1074 M oleh Sultan Malikshah.
  • Antara ahli astronomi yang terlibat ialah Al-Wabkanwi dan Nizam Nishaburi yang melaksanakan aktiviti cerapan planet dan matahari serta membuat kalender berdasarkan cerapan. Balai cerap beroperasi sehingga kematian Sultan pada tahun 485 H.
  • Balai cerap lain yang dibina ialah Balai Cerap Al-Afdal Al-Baitahi. Balai cerap ini dibina pada tahun 1120 M dan siap pada tahun 1125 M. Penganti khalifah selepas itu mengarah untuk menghancurkan balai cerap tersebut kerana masyarakat berasa terganggu dan menganggap ia unsur magik dan sihir.
  • Balai cerap yang paling berjaya dan luas pada tamadun Islam ialah Maragha di Azerbaijan dan Samarkand di Uzbekistan.
  • Balai Cerap Maragha adalah balai cerap pertama yang masih beroperasi walauapun pemerintah telah meninggal dunia.

Balai cerap fasa akhir pada kurun ke-15 dan ke-16.

  • Pada ketika abad ini merupakan tempoh perpindahan pengetahuan dan tradisi pembinaan balai cerap ke Eropah.
  • Balai Cerap Samarkand dan Balai Cerap Istanbul merupakan balai cerap yang banyak memberi manfaat dalam pencapaian Islam.
  • Selepas Ulugh Begh melawat Balai Cerap Maragha, beliau telah mengasas balai cerap di Samarkand.
  • Balai cerap ini mula dibina bermula tahun 1424-1429 M. Kemudian balai cerap ini diruntuhkan selepas kematian Ulugh Beg pada tahun1449 M.
  • Balai Cerap Istanbul diilhamkan oleh Taqi al Din Muhammad Rashid ibn Ma’ruf dan dibiayai oleh Sultan Murad lll.

           Ulugh Begh      

    Balai Cerap Samarkand digelar Balai Cerap Ulugh Begh pada masa kini

Kesimpulannya, pelbagai isu berbangkit sepanjang pembinaan dan kemusnahan balai cerap. Antaranya adalah pertembungan ulama dan pemerintah serta ahli astronomi. Pembinaan balai cerap juga kebanyakannya dibina kerana di arahkan oleh pemerintah ketika itu bagi memberi pengetahuan tentang perkara yang bakal berlaku tetapi di tentang oleh ulama. Namun begitu, ramai ahli-ahli astronomi telah mendapat penemuan dan teori tentang alam semesta.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %