Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Perjalanan Mencari Tanda Kebesaran Ilahi : Gerhana Matahari Anulus

Perjalanan Mencari Tanda Kebesaran Ilahi : Gerhana Matahari Anulus

0 0
Read Time:2 Minute, 1 Second

Pada tarikh 7 Mei sehingga 12 Mei 2013 sekumpulan anak Malaysia yang terdiri daripada Ahmad Zaki Hamzah (Balai Cerap Telok Kemang), Muzamir Haji Mazlan (Balai Cerap Telok Kemang), Shahrin Ahmad (Kelab Astronomi Amatur Malaysia) dan Mohd Halda  telah pergi ke Australia untuk melihat Gerhana Matahari Anulus (Cincin). Fenomena gerhana ini merupakan sesuatu yang amat unik kerana ia hanya dapat berlaku di sebahagian dunia sahaja seperti yang tertera dalam rajah di bawah. Garisan merah dan biru ialah kawasan yang dapat melihat gerhana annulus penuh.

Penerbangan ke Perth bertolak dari KLIA pada pukul 9.30 pagi 7 Mei dan tiba pada pukul 3.00 petang. Setelah berehat selama beberapa jam, kumpulan ekspidisi ini memulakan perjalanan ke Newman iaitu tapak yang dipilih untuk membuat pemerhatian.

 

Memandangkan pemanduan ke Newman memakan masa yang agak lama, mereka bergilir-gilir memandu dan berhenti dan bermalam di Meekatharra. Di Meekatharra, sesi astrofoto dijalankan dan mendapat hasil yang sangat mengagumkan. Antara yang dapat dilihat dengan jelas ialah jejak bintang (star trails) dan galaksi Bimasakti (Milky Way).

Ekspidisi diteruskan ke Newman untuk mengejar gerhana matahari yang istimewa ini. Pada hari Jumaat 10 Mei, akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba. Setibanya mereka di lokasi, terdapat ramai pelancong dan rakyat tempatan yang sedang bersedia untuk menyaksikan fenomena ini. Gerhana matahari anulus terjadi apabila bulan berada di antara Bumi dan Matahari maka terhasillah satu cincin bercahaya di atmosfera.

Gambar fasa-fasa gerhana anulus terjadi

Sesi astrofoto yang seterusnya dilakukan di Sandy Lake Farm, antara foto yang dapat diperoleh ialah hilal (anak bulan), star trails dan Bima Sakti.

                                      Startrails                                                                   Milkyway

Penerbangan pulang ke Malaysia ialah pada 12 Mei 2013 pukul 4.25 petang. Segala pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui mereka berempat amat bermakna sekali kerana ekspidisi bukanlah satu usaha yang sia-sia. Ini adalah salah satu perjalanan untuk mencari tanda kebesaran Ilahi. Sesungguhnya dalam setiap ciptaanNya terdapat bukti bahawa Allah itu wujud dan Maha berkuasa.

“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

( Ya siin: 40)

Matlamat ekspedisi ini ialah :-

  1. Foto ini akan menjadi rujukan generasi yang akan datang selain menjadi bahan pameran di Balai Cerap Telok Kemang.
  2. Fenomena ini jarang berlaku.
  3. Dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat di Negeri Sembilan tentang kefahaman fenomena yang berkait dengan al-Quran dan sains.

Ketahui lebih lanjut Gerhana Matahari Cincin dan Separa 2019, di sini.

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %