Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Perdebatan Teori Asal Usul Bima Sakti

Perdebatan Teori Asal Usul Bima Sakti

0 0
Read Time:2 Minute, 0 Second
Fatin Nabila (Pelajar Latihan Industri, UiTM 2015)

 

Teori kewujudan asal usul Bima Sakti datang dari seluruh pelusuk dunia sejak zaman sebelum masihi, dan teori-teori tersebut dilihat hampir serupa walaupun datangnya daripada pelbagai tamadun. Walaupun terdapat beberapa percanggahan pendapat, namun akhirnya teknologi moden era sekarang berjaya merungkai misteri di sebalik kewujudan Bima Sakti ini. Berdasarkan sudut pandang Aristotle, beliau menulis, ahli falsafah Greek iaitu Anaxagoras dan Democritus menyatakan bahawa Bima Sakti terdiri daripada bintang-bintang yang di mana kedudukan antara bintang-bintang tersebut sangat jauh. Walaubagaimanapun, Aristotle sendiri percaya bahawa Bima Sakti terjadi disebabkan nyalaan yang berlaku apabila beberapa bintang yang sangat besar ukurannya, dan berdekatan antara satu sama lain, menghasilkan pengeluaran gas berapi.Tambahannya lagi, nyalaan itu terjadi di kawasan atas atmosfera. Namun begitu, seorang lagi ahli falsafah Greek iaitu Olympiodorus the Younger mengkritik pendapat Aristotle, beliau menyatakan bahawa jika Bima Sakti mempunyai ciri-ciri seperti planet Bumi, ia sepatutnya kelihatan tidak sama pada waktu dan masa yang berlainan di Bumi. Teori tersebut mendapat kesan dan pengaruh yang lebih dalam semasa tamadun Islam. Seorang ahli astronomi berbangsa Parsi iaitu Abu Rahyan al-Biruni menyatakan bahawa Bima Sakti mengandungi berjuta-juta serpihan bintang, nebula. Manakala seorang ahli astronomi berbangsa Andalusia, Avempace menyatakan teorinya bahawa Bima Sakti terdiri daripada berjuta bintang, namun disebabkan pembiasan yang berlaku di atmosfera Bumi, fenomena ini menyebabkan berlakunya penghasilan imej secara berterusan. Ibnu Qayyim Al-Jawziyya pula berpendapat Bima Sakti ialah bintang-bintang kecil yang terkumpul di dalam bintang yang pegun yang berbentuk sfera, dan bintang-bintang tersebut mempunyai saiz yang lebih besar apabila dibandingkan dengan saiz  planet-planet. Menurut Jamil Ragep, seorang ahli astronomi berbangsa Parsi, Nasir al-Dinal al-Tusi dalam Tadhkiranya menulis bahawa Bima Sakti iaitu galaksi, mengandungi sekelompok bintang-bintang yang kecil dan padat di mana disebabkan ketumpatan dan saiz mereka yang kecil, mereka kelihatan seperti tompok-tompok awan. Hal ini menyebabkan warnanya seakan-akan putih susu.Namun begitu, pada tahun 1960, Bima Sakti terbukti mengandungi berjuta-juta bintang apabila Galileo Galilei menemuinya dengan menggunakan teleskop.

Allah ta’ala menceritakan proses penciptaan alam semesta dalam al-Quran. Ada yang bersifat global dan ada yang lebih terperinci.

Sesugguhnya Tuhan kalian, yaitu Allah, Dialah yang menciptakan langit dan bumidalam 6 hari, kemudian Dia beristiwa di atas Arsy. (QS. al-A’raf: 54).

Imej pusat galaksi Bima Sakti yang berjaya di rakamkan di Balai Cerap Telok Kemang.

Klik disini untuk lebih banyak lagi imej Bima Sakti.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %