Kawah Bulan
Bulan adalah satu-satunya satelit semula jadi Bumi.Bulan tidak mempunyai sumber cahaya yang tersendiri,ia memantulkan cahaya yang diterima daripada Matahari menyebabkan berlakunya proses fasa-fasa Bulan. Bulan juga tidak mempunyai udara mahupun air. Pada permukaan Bulan terdapat banyak kawah yang terbentuk disebabkan oleh hentaman komet atau asteroid. Apabila tiadanya udara dan air di Bulan menyebabkan tidak adanya pengikisan berlaku.Hal ini menyebabkan kawah-kawah di Bulan yang berusia jutaan tahun itu masih utuh dan kekal sehingga ke hari ini. Di antara kawah terbesar dan terang pada permukaan Bulan yang mengahadap Bumi adalah kawah Copernicus berdiameter 93 kilometer dengan kedalaman 3 kilometer. Kawah Copernicus ini sangat terang dan mudah untuk di kenal pasti. Namun begitu, kawah ini bukanlah yang terbesr kerana kawah Bulan yang paling besar terletak pada sisi gelap Bulan yang tidak kelihatan daripada Bumi. Kawah tersebut dikenali sebagai South Pole-Aitken (SPA), berdiameter seluas 2 500 km dan kedalamannya sedalam 13 km.