Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Galaksi

Galaksi

0 1
Read Time:2 Minute, 11 Second

Galaksi merupakan salah satu komponen yang terbesar dalam alam semesta. Ahli astronomi berpendapat bahawa terdapat berjuta-juta galaksi di alam semesta ini. Setiap galaksi terdiri daripada ratusan juta bintang,dan setiap bintang sekurang-kurangnya akan ada satu planet mengelilinginya. Sepertimana Matahari yang juga merupakan salah satu bintang yang terdapat dalam galaksi kita,galaksi Bima Sakti.

Galaksi adalah kumpulan bintang yang membentuk suatu sistem, terdiri daripada satu atau lebih objek angkasa yang besar dan dikelilingi oleh objek-objek  angkasa yang lain sebagai anggotanya yang bergerak mengelilinginya secara teratur. Di dalam ilmu astronomi, galaksi bermaksud suatu sistem yang terdiri daripada bintang-bintang, gas, dan debu yang amat luas, di mana anggotanya memiliki daya graviti. Suatu galaksi pada umumnya terdiri daripada berjuta bintang yang memiliki ukuran, warna, dan karakter yang berbagai.

Jenis-jenis Galaksi.

Menurut para penyelidik astronomi, bentuk galaksi terbahagi kepada tiga jenis iaitu galaksi Spiral (lingkaran), Elips, dan tidak sekata. Ketiga-tiga jenis galaksi ini berbeza bentuk dan penampakannya. Hasil pemerhatian ahli astronomi,mendapati 80% galaksi adalah jenis Spiral, galaksi jenis Elips pula adalah 17% dan galaksi tidak sekata sebanyak 3% yang telah ditemui di angkasa lepas.

1.Ellips

NGC4472_M49.

Penampakan galaksi ini terlihat seperti elips. Galaksi yang termasuk dalam jenis elips ini bermula dari galaksi yang berbentuk bundar sampai galaksi yang berbentuk bola. Struktur galaksi jenis ini tidak terlihat dengan jelas. Galaksi elips sangat sedikit kandungan bahannya dan anggotanya iaitu bintang-bintang tua. Contoh galaksi berbentuk Elips adalah M87. Galaksi M87 adalah galaksi elips raksasa yang terdapat dalam Rasi Virgo.

 

2.Spiral (Lingkaran)

Messier 83_Southern Pinwheel Galaksi

Dilihat dari bentuknya, galaksi jenis spiral atau berbentuk lingkaran mempunyai lengan yang cerah disetiap sisinya.  Jika dilihat dari teleskop angkasa maka bentuknya kelihatan rata dan berputar. Objek-objek galaksi spiral terdiri daripada bintang-bintang tua dan muda. Di pusat galaksi terdiri daripada bintang tua dan malap,juga dipercayai adanya lohong hitam. Manakala di lengan galaksi ini pula terdapat bintang-bintang muda yang terang,juga mengandungi  banyak gas dan debu. Contoh dari galaksi jenis ini adalah galaksi Andromeda dan galaksi Bima Sakti. Di galaksi Bimasakti inilah planet Bumi berada.

3.Tidak Sekata

Awan Magellan Kecil dan Awan Magellan Besar

Galaksi ini tidak memiliki bentuk yang khusus. Anggota dari galaksi jenis ini terdiri daripada bintang-bintang tua dan muda. Contoh dari galaksi jenis ini adalah Awan Magellan Besar dan Awan Magellan Kecil yang hanya berjarak sekitar 180.000 tahun cahaya dari galaksi Bima Sakti. Galaksi tak sekata ini banyak mengandungi bahan yang terdiri daripada gas dan debu-debu.

 

 

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %