Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Planet

Planet

0 0
Read Time:5 Minute, 40 Second
Nurul Hazirah Izzati (Pelajar Latihan Industri, USIM 2018)

 

Planet ialah objek di langit yang besar dan beredar mengelilingi Matahari. Didalam Sistem Suria terdapat 8 buah planet iaitu, Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Planet terdiri daripada logam, batu, gas, atau pepejal dan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Sebaliknya planet memantulkan cahaya yang diterima daripada Matahari. Setiap planet berputar pada paksinya. Bilangan hari bagi melengkapi satu pusingan Matahari untuk setiap planet berlainan kerana jarak yang berbeza dari Matahari.

Planet-planet ini terbahagi kepada dua iaitu, planet dalaman; Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh dan Planet Jovian; Musytari, Zuhal, Neptun, Uranus. Planet dalaman ialah yang paling dekat dengan Matahari dan mempunyai ciri-ciri bersaiz kecil, berbatu dan keras. Planet Jovian pula dikenali sebagai planet gas dan ciri-cirinya ialah permukaanya tidak keras dan padat. Manakala planet Pluto telah dikeluarkan daripada kategori planet dan dikategorikan sebagai planet kerdil.

 

Gambar 1: Gambar  planet-planet dalam sistem suria.

 

Berdasarkan dalil surah Yusuf ayat ke 12 :

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan Matahari serta Bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Planet yang paling kecil (diameter 4879 km) dan paling hampir dengan Matahari ialah Utarid dengan jarak 57909175 km. Planet ini mampu menyempurnakan satu orbit mengelilingi matahari dalam masa 88 hari. Permukaan Utarid adalah seperti bulan, iaitu berkawah dan bergunung-ganang dan tidak mempunyai atmosfera serta air. Kita boleh melihat Utarid sebanyak 6 hingga 7 kali setahun kerana peredarannya mengelilingi matahari agak cepat berbanding planet lain. Oleh kerana kedudukannya begitu dekat dengan matahari maka agak sukar untuk melihatnya tambahan dengan atmosfera bumi.

Planet yang berada dikedudukan selepas Utarid ialah Zuhrah atau juga dikenali dengan gelaran ‘sister planet’ atau kembar Bumi. Walaupun jisim, saiz dan ketumpatannya agak sama namun terdapat beberapa perbezaan dengan Bumi. Planet ini diselaputi dengan atmosfera tebal yang mengandungi karbon dioksida, nitrogen, dan dilapisi oleh awan asid sulfurik yang sangat berbahaya dan dengan tekanan permukaannya 90 kali ganda dari bumi suhunya boleh mencapai sehingga 464 °C . Pada permukaannya terdapat gunung-ganang, gunung berapi, dataran lava dan terusan lava.  Planet ini berputar mengikut arah jam berbanding planet-planet lain. Planet ini dapat dilihat pada waktu petang atau waktu subuh tiga atau empat jam selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit. Oleh itu, planet Zuhrah dikenali juga sebagai bintang pagi atau bintang petang.

 

Gambar 2 : Zuhrah

 

Planet Bumi berada dikedudukan ketiga dalam Sistem Suria.  Bumi adalah planet yang kelima terbesar dan satu-satunya planet yang mempunyai kehidupan. Bumi merupakan salah satu planet yang paling menarik dengan 70% permukaannya dipenuhi air. Lapisan atmosferanya ialah 78% gas nitrogen, 21% oksigen dan selebihnya ialah gas karbon dioksida. Bumi mempunyai satelit tersendiri iaitu bulan yang sentiasa beredar mengelilinginya.

Planet Marikh ialah planet yang keempat dalam Sistem Suria. Permukaan planet marikh terdiri daripada kawah gunung berapi dan dataran lava yang amat luas. Terdapat lagi gunung berapi yang masih aktif di Marikh. Planet ini terkenal dengan gelaran Planet Merah kerana warnanya yang kemerahan. Planet ini mempunyai dua buah bulan tersendiri iaitu Phobos dan Deimos. Bulan-bulan ini berkeadaan gelap, berhabuk dan berbentuk tidak sekata dan sangat sukar untuk diperhatikan dari Bumi.

 

Gambar 3: Marikh

 

Planet Musytari adalah planet yang paling besar dalam Sistem Suria. Dengan diameter 142984 km, kita boleh menyusun 11 buah planet sebesar Bumi sepanjang diameter Musytari.  Mempunyai berat dua kali ganda dari keseluruhan planet dalam Sistem Suria Musytari berputar lebih cepat dari planet-planet yang lain dan mengambil masa kurang dari 10 jam untuk satu pusingan orbit. Pada permukaannya terdapat jalur gelap dan cerah dan agak mudah untuk dilihat melalui teleskop. Jalur ini ialah lapisan awan tebal yang berpusing dan bergerak bertentangan dengan gerakan planet itu sendiri.

 

Gambar 4: Musytari serta bulannya

 

Planet Zuhal berada pada kedudukan keenam dari Matahari dan antara planet yang paling cantik dan amat merugikan sekiranya tidak dapat melihat planet ini beserta gelangnya. Jika dilhat menggunakan mata kasar planet ini kelihatan seperti bintang yang terang berwarna keemasan. Penggunaan teleskop diperlukan untuk melihat gelang dan bulannya. Planet Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas Musytari dan lebih kurang 764 buah planet bersaiz Bumi dapat diisi kedalamnya. Planet ini terdiri dari hydrogen dan helium. Dalam lapisan luar, hydrogen dan helium berada dalam bentuk gas dan di lapisan dalam hydrogen dan helium berbentuk cecair. Gelang planet ini terdiri daripada berbilion ketulan ais yang mempunyai pelbagai saiz. Gelang ini merentangi sepanjang 273 000 km dan tebalnya hanya 10 hingga 100 meter sahaja. Terdapat 82 buah bulan yang mengelilingi planet ini.

 

Gambar 5: Zuhal

 

Planet Uranus adalah planet ketujuh dari Matahari dan yang paling jauh dapat dilihat dengan mata kasar. Planet ini telah dijumpai oleh William Herschel pada 13 Mac 1781 dengan menggunakan teleskop. Planet Uranus mempunyai kepadatan dua kali ganda lebih dari planet Zuhal. Didalamnya terdapat terdapat bahan pepejal yang lebih besar dan berais dengan jumlah air yang lebih banyak. Saiznya ialah empat kali ganda dari Bumi dan isi padunya 64 kali lebih besar. Jisimnya pula adalah 14.5 kali ganda lebih dari Bumi. Atmosfera kelilingnya mengandungi gas metana dan membuatkan ia kelihatan kebiruan jika dilihat dari bumi. Satu ciri yang pelik pada planet ini ialah paksinya yang condong 98 darjah. Planet ini juga memiliki gelang nipis yang terdiri daripada debu dan ketulan batu.

Planet Neptun ialah planet yang paling kecil antara planet-planet Gergasi Gas. Walaupun saiz yang paling kecil antara empat-empat planet gergasi gas namun ia empat kali lebih besar dari bumi. Planet ini dijumpai pada tahun 1846 oleh kerana kedudukannya yang paling jauh dengan Matahari. Neptun berpusing pada paksinya dengan cepat dan juga mempunyai Sistem Gelang yang nipis seperti Uranus. Planet ini mempunyai 14 buah bulan dan mungkin juga terdapat bulan-bulan yang lebih kecil yang tidak dijumpai. Pada permukaannya terdapat tompok gelap yang besar. Kepadatan gas metana pada lapisan luar awannya menjadikan planet ini kelihatan kebiruan jika dilihat dari Bumi

  Diameter (km) Jarak dari matahari (km) Bulan Suhu permukaan

(°C)

Utarid 4 879 5 790 9175 Tiada 465 – (-170)
Zuhrah 12 104 10 820 8930 Tiada 460
Bumi 12 756 149.6 1 14
Marikh 6 794 22 793 6640 2 -55
Musytari 142 984 778 412 020 79 -145
Zuhal 120 536 1 426 725 400 82 -178
Uranus 51 118 2 870 972 200 27 -224
Neptun 49 532 4 498 252 900 14 -218

Jadual 1: Perbezaan setiap planet

Kesimpulannya setiap planet mempunyai ciri-ciri yang berbeza, dan setiap perbezaan itu menjadikan planet-planet ini mempunyai tarikan tersendiri.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
100 %
Surprise
Surprise
0 %