Kilat
Mardhiah bt Abd Ghani (Pelajar Latihan Industri, UPM 2017)
Apakah itu Kilat?
Kilat atau petir adalah fenomena alam semulajadi yang biasanya terlihat ketika musim hujan dimana munculnya cahaya yang menyilaukan di langit, dan beberapa saat kemudian diiringi dengan bunyi menggelegar yang dikenali sebagai guruh.
Berapakah kelajuan cahaya?
Perbezaan waktu kemunculan kilat dan guruh ini adalah disebabkan adanya perbezaan antara kecepatan cahaya dan kecepatan bunyi. Kelajuan cahaya kilat sangat cepat sekitar 299.338 kilometer per saat berbanding bunyi guruh kira-kira 1.126 kilometer per jam (bergantung kepada suhu, kelembapan dan tekanan udara).
Bagaimana Kilat terhasil ?
Perbezaan cas antara awan dengan awan lain.
Pergeseran awan dengan awan akan menghasilkan muatan cas. Sepanjang pergeseran tersebut, muatan negatif akan berkumpul pada salah satu sisi awan (atas atau bawah), manakala muatan positif berkumpul pada sisi sebaliknya. Perbezaan muatan atau cas antara awan ini menyebabkan kilat yang terhasil kelihatan melintang antara awan-awan tersebut.
Perbezaan cas anatara awan dengan bumi.
Jika perbezaan keupayaan antara awan dan bumi cukup besar, maka akan terjadi pembuangan muatan negatif (elektron) dari awan ke bumi atau sebaliknya untuk mencapai keseimbangan. Dalam proses pembuangan muatan negatif ini, medium yang dilalui oleh elektron adalah udara.
Jenis-Jenis Kilat.
- Di dalam awan– jenis kilat yang paling lazim, berlaku hasil nyahcas dasar awan kumulonimbus bercas negatif ke bahagian atas yang bercas positif. Oleh kerana ia berlaku di dalam awan,kilat jenis ini selalunya tidak kelihatan jika berlaku pada waktu siang.
- Antara dua awan– berlaku di antara dua awan yang berbeza cas elektriknya, maka laluannya kelihatan melintang antara awan-awan tersebut.
- Awan ke bumi– jenis kilat yang kedua paling lazim, berlaku akibat nyahcas dasar awan kumulonimbus bercas negatif ke bumi, serta menjadi ancaman terbesar kepada nyawa dan harta benda.
- Bumi ke awan– berlaku apabila bumi melepaskan cas elektrik ke awan kumulonimbus melalui laluan menegak ke atas.
- Kilat positif– berlaku hasil nyahcas bahagian atas awan yang bercas positif terus ke bumi. Oleh itu, kilat positif menghasilkan voltan yang lebih tinggi daripada kilat negatif awan ke bumi serta lebih berbahaya daripada kilat awan ke bumi yang lazim. Kilat ini jarang berlaku, dengan hanya membentuk 5% daripada jumlah keseluruhan kilat yang berlaku.
- Kilat kering– istilah ini digunakan bagi kilat yang berlaku semasa ribut petir yang tidak menghasilkan hujan yang mencecah ke bumi. Sebenarnya di dalam kes ribut petir sebegini hujan sememangnya turun, tetapi tersejat semasa melalui lapisan udara yang sangat kering berhampiran tanah.
- Kilat roket– bentuk nyahcas awan, lazimnya melintang dan berlaku pada tapak awan, dengan satu alur cahaya terang yang mara merentasi udara dengan kepantasan yang boleh dikira. Ia mendapat namanya kerana penghasilannya boleh dibandingkan dengan sebuah roket. Ia adalah salah satu jenis nyahcas awan yang jarang berlaku.
- Kilat bebola – bebola bercahaya yang terapung semasa ribut petir. Ia boleh bergerak pantas, perlahan, ataupun tidak bergerak langsung. Ada yang menghasilkan bunyi berdesir atau berdentum dan ada pula yang tidak menghasilkan bunyi langsung. Beberapa kilat bebola diketahui telah melalui tingkap dan lenyap dengan dentuman kuat. Beberapa saksi pernah melihat kilat bebola tetapi ia jarang direkodkan oleh ahli kaji cuaca.
Gambar kilat pada 31 Mac 2017 jam 5:11 pagi waktu Malaysia
Gambar kilat pada 25 Febuari 2018 oleh Najwa Nazri
Gambar kilat pada 7 Julai 2018 jam 3:16 pagi waktu Malaysia.
Kebenaran Tentang Kilat Yang Dinyatakan Dalam al-Quran.
Surah An-Nuur ayat 43
“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” (QS. An-Nur 24 : 43)
Surah Al-Ra’d ayat 13
Surah al-Ra’d ertinya “Guruh”–merupakan salah satu surat dalam Qur’ân. Allah memberitahu bahawa guruh dibentuk oleh kilat yang bertasbih memuji-Nya:
“Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya.” (QS. Al-Ra’d 13 : 13)