Penemuan Pluto
Multazam Yazid (Pelajar Latihan Industri, USIM 2017)
Planet Pluto ditemukan oleh seorang penyelidik muda, Clyde W Tombaugh pada tahun 1930 di Balai Cerap Lowell. Pada 18 Februari 1930,beliau mengesan sebuah jasad seperti planet. Akhirnya, pada 13 Mac 1930, penemuan objek tersebut dinamakan sebagai Pluto yang dicadangkan oleh seorang kanak-kanak perempuan sekolah berumur 11 tahun, Venetia Burneydari Oxford, England. Semenjak ianya ditemukan, Pluto sudah dikategorikan sebagai “planet kesembilan” bersama lapan planet yang lain didalam Sistem Suria.
Himpunan planet-planet di Sistem Suria termasuk Pluto yang di rakamkan di Balai Cerap Telok Kemang
Pluto terutamanya terdiri daripada batu dan ais dan bersaiz 2,372 km diameter. Malah lebih kecil dari planet Utarid.Jisim Pluto sekitar satu per lima daripada jisim Bulan dan satu pertiga isipadunya dari Bulan. Ia memiliki kelainan orbit dan orbit amat condong yang membawanya dari 30 hingga 49 AU (4.4–7.4 juta km) dari Matahari. Mengikut perhitungan para astronomi bahawa orbit Pluto mengelilingi matahari tidak teratur dan sekata. Tambahan pula, kesemua lapan planet yang lain mengorbit Matahari sambil menjaga jarak yang sama dari Matahari. Walaubagaimanapun, Pluto mengorbit di lintasan elips dan berbentuk oval yang bererti jaraknya dari Matahari akanbe rubah-ubah.Ini menyebabkan Pluto kadang-kala menghampiri Matahari lebih dari Neptun.
Pluto memerlukan 248½ tahun untuk menyelesaikan putarannya dalam mengelilingi Matahari.Seperti semua planet, Pluto memerlukan masa sekitar 6½ hari untuk melengkapi satu pusingan lengkap.Pluto kini mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah bulan. Ianya merupakan jumlah yang agak besar untuk sesebuah objek yang hanya diklasifikasikan sebagai planet kerdil.Dahulunya, Pluto mempunyai sebuah bulan bernama Charon. Namun dengan kemajuan teknologi kini, 4 buah bulan lain mengelilinginya telah berjaya ditemukan. Iaitu Charon,Styx, Nix, Kerberos dan Hydra.
4 Buah bulan Pluto yang Berjaya dikesan
Pada tahun 2005, kemunculan Eris menjadi kemusykilan status Pluto sebagai planet mula diperbincangkan. Ini disebabkan ukuran Eris sedikit lebih besar dari Pluto. Namun, setelah banyak pemerhatian dibuat, kini jelas Eris tidaklah sebesar yang disangka, dan Pluto kini kekal sebagai objek yang paling besar di dalam kawasan selepas planet Neptun.Bahkan ada yang menyatakan Eris merupakan planet ke-10 selepas Pluto. Malah, membawa kepada sebuah perdebatan baru untuk melakukan klasifikasi akan status Pluto “Adakah ia tetap diklasifikasikan sebagai planet bersama lapan planet yang lain?” atau “Pluto hanya diklasifikasikan bersama Eris sebagai planet kerdil dan Objek Gelung Kuiper”.
Gambaran planet kerdil Pluto dan Eris
Maka pada tahun 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mengeluarkan resolusi yang mempunyai definisi sebuah planet. Dengan demikian berdasarkan definisi baru Planet dari IAU, Pluto sekarang diklasifikasikan sebagai sebuah Planet Kerdil. Namun pada tahun 2006, NASA telah melancarkan misi “New Horizon” dan menjelangJulai 2015lepas “New Horizon” telah melintasi Pluto dan melawati sekitarnya. Ianya bertujuan untuk mengkaji Pluto dan sekitarnya dengan lebih dekat. Pastinya akan lebih banyak maklumat-maklumat menarik yang akan diperolehi disebalik Planet Kerdil ini. Adakah Pluto akan diklasifikasikan semula sebagai sebuah Planet bersama lapan planet yang lain?
Misi New Horizon yang dilancarkan pada tahun 2006 untuk melawati Pluto dan sekitarnya.
Perjalanan New Horizon yang melawati Pluto dan tiba pada 14 Julai 2015.