Posisi Matahari Terbit dan Terbenam.

Posisi Matahari Terbit dan Terbenam.

MENGAPA KITA BOLEH MELIHAT MATAHARI KETIKA TERBIT DAN TERBENAM?

Secara teknikalnya, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung tanpa penuras yang dibenarkan.

Waktu Matahari terbit adalah adalah ketika Matahari mula-mula muncul di atas garisan ufuk, begitu juga ketika Matahari terbenam. Dari segi geometri, apa yang kita lihat “bentuk fizikal” Matahari itu hanyalah pembiasan cahaya dari Matahari oleh atmosfera Bumi.

Inilah salah satu magis alam semulajadi, pembiasan cahaya ialah fenomena pembengkokan cahaya. Cahaya dibelokkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara.

PERHATIKAN GAMBAR MATAHARI TERBENAM!

Saat anda melihat keindahan Matahari pada waktu senja yang sedang terbenam, Matahari sudah pun berada dibawah ufuk.

Pembiasan atmosfera menjadikan Matahari kelihatan walaupun ia berada di bawah ufuk.

Menarik bukan?

English English Malay Malay