Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Gerhana Bulan Penuh 2018

Gerhana Bulan Penuh 2018

0 0
Read Time:2 Minute, 51 Second
Siti Sarah Nordin (Eksekutif Pelatih Dakwah MAINS 2018)

 

GERHANA BULAN PENUH PALING LAMA YANG BERLAKU DALAM ABAD KE-21

Gerhana Bulan Penuh pada 28 Julai 2018 merupakan Gerhana Bulan Penuh kedua yang berlaku pada tahun 2018. Gerhana ini merupakan Gerhana Bulan Penuh paling lama berlaku dalam abad ke-21 iaitu tempoh kemuncak berlakunya Gerhana Bulan Penuh adalah selama 1 jam 43 minit. Jika dibandingkan dengan Gerhana Bulan Penuh yang berlaku sebelum ini pada 31 Januari 2018, ia berlaku selama 1 jam 16 minit.

Secara ringkasnya, Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Bumi berada di tengah-tengah antara Matahari dan Bulan yang menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Ketika berlakunya Gerhana Bulan Penuh, Bumi menghalang cahaya Matahari dari sampai ke permukaan Bulan. Maka, terhasillah bayang-bayang Bumi pada permukaan Bulan. Gerhana Bulan Penuh ini berlaku apabila keseluruhan bahagian Bulan berada di kawasan bayangan umbra Bumi.

Gerhana bulan pada kali ini hanya boleh dilihat di sesetengah kawasan seperti di Afrika, Asia, Australia, Eropah, New Zealand dan Amerika Selatan. Balai Cerap Telok Kemang (BCTK) turut mengadakan Program

Gerhana Bulan Penuh yang dihadiri kira-kira 60 orang awam dan juga wartawan. Program yang dimulakan dengan sesi taklimat pada sekitar pukul 12:00 tengah malam oleh pelajar praktikal dari Universiti Malaya dan kemudian sesi cerapan bermula sekitar pukul 1:30 pagi dan berakhir pada sekitar pukul 5:00 pagi.

Gambar 1: Poster Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Balai Cerap Telok Kemang.

Terdapat tiga jenis gerhana bulan dan ketiga-tiganya dapat dilihat semasa Gerhana Bulan Penuh pada 28 Julai 2018.

  Fasa Gerhana Penumbra tamat 28 Julai
07:28:38
Tidak boleh dilihat (kerana bulan berada di bawah ufuk -telah terbenam)
Fasa Waktu Malaysia Kenampakan
  Fasa Gerhana Penumbra bermula 28 Julai
01:14:47
Boleh dilihat
  Fasa Gerhana Separa bermula 28 Julai
02:24:27
Boleh dilihat
  Gerhana Penuh bermula  28 Julai
03:30:15
Boleh dilihat
  Kemuncak Gerhana Penuh  28 Julai
04:21:44
Boleh dilihat
  Gerhana Penuh tamat  28 Julai
05:13:11
Boleh dilihat
  Fasa Gerhana Separa tamat  28 Julai
06:19:00
Boleh dilihat

Gerhana Bulan Penuh menjadi satu fenomena tarikan kerana ketika berlakunya ia, Bulan kelihatan berwarna merah. Ketika Gerhana Bulan Penuh, Bulan tidak sepenuhnya gelap kerana sebahagian cahaya Matahari masih mampu untuk sampai ke permukaan Bulan oleh pantulan atmosfera Bumi. Ada ketika keadaan atmosfera Bumi menyebabkan semua spektrum warna cahaya dihalang serta diselerakkan kecuali warna merah, ini yang menyebabkan berlakunya fenomena Blood Moon (Bulan Merah) semasa Gerhana Bulan Penuh.

Gambar  2:  Fenomena Blood Moon semasa Gerhana Bulan Penuh 28 Julai 2018 yang berjaya dirakam oleh BCTK

Kesan optik yang dipanggil Japanese Lantern Effect juga berjaya dirakam oleh BCTK. Japanese Lantern Effect merupakan kesan optik yang berlaku 5 minit sebelum dan selepas Gerhana Bulan Penuh yang menyebabkan permukaan Bulan berwarna merah, kuning, ungu dan biru.

Gambar 3: Kesan optik Japanese Latern Effect yang dirakam oleh BCTK

Gambar 4: Kesan optik Japanese Lantern Effect  dan turutan fasa Gerhana Bulan yang dirakam oleh BCTK.

Fenomena astronomi iaitu Oposisi Marikh (kedudukan Matahari, Bumi dan Marikh dalam satu garisan) juga berlaku pada malam yang sama. Planet Marikh kelihatan amat terang berhampiran Bulan semasa berlakunya gerhana.

Gambar 5: Planet Marikh kelihatan berhampiran dengan Bulan semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh

Berikut adalah gambar-gambar semasa program berlangsung:


Gambar  6 & 7:  Orang awam yang hadir menggunakan teleskop yang disediakan oleh pihak BCTK.

   
Gambar 8 & 9: Sesi temuramah oleh wartawan yang hadir bersama Penolong Pengurus BCTK, Encik Muzamir Mazlan.

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %