Bilakah Matahari Akan Mati?

Sesebuah bintang mengalami proses kematian bergantung kepada berapa banyak jumlah hidrogen yang bintang itu ada dan berapa pantas bintang itu membakar hidrogen.
Jika bintang bersaiz Matahari kita, para saintis menganggarkan Matahari mempunyai jangka hayat sehingga 9 atau 10 bilion tahun. Untuk mengetahui berapa baki jangka hayat Matahari, para ahli astronomi dan ahli geologi mengkaji batuan atau lebih tepat adalah dengan mengkaji meteorit. Batu meteor ialah batu-batuan semasa pembentukan sistem suria dahulu, oleh itu para saintis mendapat petunjuk bahawa sistem suria sudah berusia kira-kira 4.5 bilion tahun.
Dari kiraan tersebut maka para saintis berpendapat usia Matahari berbaki 5 biion tahun dari sekarang.
Adapun sebagai seorang muslim yang beriman pada hari kiamat, kita berserah kepada tuan empunya alam iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Wallahu ‘alam
Julangan api matahari yang dirakam daripada Balai Cerap Telok Kemang.