Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Aurora Borealis

Aurora Borealis

0 0
Read Time:2 Minute, 39 Second
Amira Norsham (Pelajar Latihan Industri, UiTM 2015)

 

Aurora Borealis; Bagaimana Warnanya Terbentuk?

Jika disebut mengenai aurora borealis atau dikenali sebagai northern light, pastinya ia akan memukau sesiapa sahaja yang melihat akan kecantikan serta magis yang dipamerkannya. Tapi, tahukah anda apa yang menyebabkan berlakunya fenomena yang menakjubkan ini?

Seperti yang semua sedia maklum, di bahagian tengah sistem solar terdapatnya matahari. Medan magnet matahari akan berputar belit disebabkan oleh bintang induk berputar pada paksinya. Apabila medan magnet ini bergabung, ia akan pecah dan menjadi tompok matahari. Kebiasaannya, tompok matahari ini akan terbentuk berpasangan, dimana tompokan yang terbesar boleh mencecah saiz diameter Bumi.

Suhu di tengah-tengah permukaan matahari ialah 27 juta darjah Fahrenheit (15 juta darjah Celsius). Matahari akan menggelegak disebabkan suhunya yang naik dan turun. Zarah-zarah yang terbebas daripada kawasan tompokan matahari akan membentuk angin matahari di angkasa lepas. Ia mengambil masa selama 40 jam untuk sampai ke Bumi. Apabila ia tiba di Bumi, maka terbentuklah aurora borealis.

Zarah-zarah dan Tarikan Kutub

Bumi sentiasa berlanggar dengan serpihan, radiasi dan gelombang magnet daripada angkasa lepas yang dilihat sebagai ancaman kepada keadaan Bumi pada masa hadapan. Tetapi, medan magnet bagi planet Bumi ini berupaya untuk menepis sinaran dan zarah-zarah yang berbahaya tersebut termasuklah daripada matahari sendiri.

Zarah-zarah yang terbebas daripada matahari bergerak 93 juta batu (lebih kurang 150 juta km) kearah Bumi sebelum ditarik oleh magnet di utara dan selatan kutub Bumi. Apabila zarah-zarah tersebut melalui kawasan perisai magnet Bumi, ia akan bergabung dengan atom dan molekul oksigen, nitrogen dan elemen-elemen lain yang akhirnya membentuk cahaya yang memukau pandangan setiap orang yang melihatnya.

Aurora di Utara Atlantikpada 28 Mac 2012
Sumber: NASA

Aurora yang terbentuk di kawasan hemisfera utara Bumi disebut sebagai aurora borealis manakala aurora yang terbentuk di kawasan selatan pula dikenali sebagai  aurora australis.
Aurora Borealis di Kanada yang dilihatolehStation AngkasaAntarabangsa (International Space Station) pada 6 April 2014

Qs. Yunus (10): 61 – Partikel Atomik
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur’an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atas mu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (partikel atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).

Pembentukan Warna  Aurora

Bagi aurora borealis, warna yang sering dilihat ialah merah jambu, hijau, kuning, biru, violet;jingga dan putih dari masa ke semasa. Kebiasaannya, apabila zarah-zarah berlanggar dengan oksigen, warna kuning dan hijau akan terbentuk. Interaksi dengan nitrogen pula membentuk warna merah; violet  dan biru.

Selain itu, jenis perlanggaran juga menyumbang kepada kelainan warna yang akan ditonjolkan di langit kelak. Misalnya, perlanggaran atom nitrogen membentuk warna biru manakala molekul nitrogen mempamerkan warna ungu. Altitut juga turut mempengaruhi warna yang terbentuk, dimana warna hijau selalunya wujud di kawasan yang berketinggian 150 batu (241 km), warna merah lebih daripada 150 batu, biru pula terbentuk di bahagian yang menghampiri 60 batu (96.5 km), dan ungu serta violet yang  terbentuk lebih daripada  60 batu.

Cahaya yang wujud ini boleh dilihat dalam keadaannya yang statik mahupun bergerak dan boleh bertukar warna apabila suar matahari sangat kuat.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %