Green Flash
Mardhiah bt Abd Ghani (Pelajar Latihan Industri, UPM 2017)
Apakah Green Flash ?
Green Flash adalah fenomena optik yang dapat dilihat ketika matahari terbenam atau sebelum matahari terbit. Fenomena ini muncul sangat singkat sebelum matahari benar-benar tenggelam dan setelah matahari terbit. Kilat hijau paling baik diperhatikan dengan pandangan yang jelas dari ufuk dan di kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya. Pemandangan kilat hijau sering berlaku di lautan, di mana lebih banyak atmosfera dapat dilihat dan garis penglihatan hampir sejajar dengan ufuk. Fenomena ini muncul sebagai kilatan / cahaya hijau diatas matahari yang berlangsung sangat cepat biasanya hanya beberapa saat.
Bagaimana Green Flash berlaku ?
Pembiasan cahaya putih melalui medium seperti air, kaca atau udara menyebabkan cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang berbeza terbias ke sudut yang berbeza.
Cahaya biru dengan panjang gelombang paling pendek, terbias paling banyak. Cahaya merah dengan panjang gelombang paling panjang, terbias paling sedikit.
Maka, imej matahari bercahaya merah akan muncul sedikit rendah di ufuk, berbanding imej matahari bercahaya biru.
FenomenaGreen Flashberdasarkan Konsep Fizik.
Warna | Panjang Gelombang | Frekuensi (THz) | ||
Kitaran (nm) | Nilai tengah (nm) | Kitaran (THz) | Nilai tengah (THz) | |
Merah | ~625-740 | ~700 | ~480-405 | ~ |
Jingga | ~590-625 | ~600 | ~510-480 | |
Kuning | ~565-590 | ~576 | ~530-510 | |
Hijau | ~500-565 | ~520 | ~600-530 | |
Biru | ~485-500 | ~490 | ~620-600 | |
Indigo | ~440-485 | ~450 | ~680-620 | |
Ungu | ~380-440 | ~400 | ~790-680 |
Berdasarkan formula di atas, frekuensi f, berkadar songsang dengan panjang gelombang l, dimana kelajuan cahaya c sebagai pemalar. Jika nilai frekuensi sesuatu cahaya adalah rendah, maka nilai panjang gelombangnya akan menjadi tinggi. Begitu juga jika nilai frekuensi sesuatu cahaya adalah tinggi, maka nilai panjang gelombangnya akan menjadi rendah.
Hal ini dapat membuktikan bagaimana pelbagai cahaya dibiaskan melalui atmosfera dengan membandingkan nilai frekuensi cahaya-cahaya tersebut. Cahaya biru dengan panjang gelombang yang paling pendek, terbias paling banyak kerana cahaya biru mempunyai nilai frekuensi paling tinggi. Cahaya biru dengan frekuensi yang paling tinggi menyebabkan cahaya biru terbias ke sudut
Frekuensi cahaya putih terbahagi kepada tiga kategori :-
- Frekuensi rendah
- Frekuensi sederhana
- Frekuensi tinggi
Pada penglihatan manusia, cahaya berfrekuensi rendah (merah) dan sederhana (hijau) akan bergabung menjadi cahaya kuning, cahaya berfrekuensi sederhana (hijau) dan tinggi (biru) akan bergabung menjadi cahaya biru, manakala cahaya berfrekuensi tinggi dan rendah akan bergabung menjadi cahaya magenta.
Lihat koleksi Matahari terbenam yang diambil oleh Balai Cerap Telok Kemang.