Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Bulan Penuh Perigee 2019

Bulan Penuh Perigee 2019

0 0
Read Time:4 Minute, 44 Second
Amirul Hazim bin Kamarulzaman (Pelajar Latihan Industri, USIM 2019)

 

Supermoon & Regulus Berduet Selasa Ini


Istilah supermoon bukanlah satu istilah saintifik tapi seperti nama timangan yang Nampak gah sikitlah huhu.. setepatnya adalah Bulan Penuh PerigeePerigee adalahi stilah yang digunakan bagi merujuk kepada kedudukan objek angkasa seperti Bulan berada dekat dengan Bumi. Jika Bulan tu berada pada jarak yang dekat, mestilah akan kelihatan lebih besarkan? dan lebih terang mungkin?

Ya betul tu!! Apabila Bulan berada kedudukan yang dekat dengan Bumi, kita akan Nampak Bulan lebih besar dan lebih terang cahaya pantulannya. Kadar besar itu adalahsekitar 12% lebih besar dan 30% lebih terang daripada Bulan di kedudukan apogee. Bulan kelihatan besar tau, bukannya secara fizikal Bulan “membesar” macam orang makan banyak-banyak pastu perut buncit..haa..bukan gitu hahaha..Jarak purata Bulan perigee adalah sekitar 360 000 km.

Untuk Bulan perigee pada 19 Februari 2019, kedudukan perigee bagi Bulan adalah kira-kira 6 jam sebelum fasa Bulan Penuh. Di Malaysia, Bulan akan terbit sekitar jam 7:17 malam. Perhatikan betapa indahnya dan cantiknya Bulan terbit tu tau. Pada masa yang sama, di sebelah Bulan akan adanya sebuah bintang. Bintang tu namanya Regulus. Regulus merupakan salah satu bintang yang paling terang di langit malam. Regulus terletak dalam buruj Leo iaitu buruj singa. Bintang Regulus terletak pada jarak kira-kira 70 tahun cahaya dari Bumi dengan magnitude jelas 1.35, menjadikannya sebagai bintang ke-21 paling cerah di langit malam. Ketika ia berada di sebelah Bulan nanti, jarak antara kedua-dua objek samawi ini adalah 2°44′. Agak dekat pada pandangan mata kita di Bumi, tetapi hakikatnya mereka tersangatlah jauh antara satu sama lain jika dilihat dari angkasa.

Okay, tadi dah baca istilah “apogee” kan? Apa benda pula apogee tu? Apogee adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada objek angkasa seperti Bulan apabila ia berada pada jarak kedudukan paling jauh dengan Bumi. Jadi, Bulan akan kelihatan lebih kecil berbanding Bulan di kedudukan perigee. 

APOGEE PERIGEE
9 Januari / 406114 km  22 Januari / 357344 km 
5 Februari / 406555 km  19 Februari / 356761 km 
4 Mac / 406390 km  20 Mac / 359380 km 
1 April / 405576 km  17 April / 364208 km 
29 April / 404576 km  14 Mei / 369015 km 
26 Mei / 404133 km   8 Jun / 368506 km 
23 Jun / 404548 km  5 Julai / 363727 km 
21 Julai / 405478 km  2 Ogos / 359397 km 
17 Ogos / 406243 km  30 Ogos / 357175 km 
13 September / 406377 km  28 September / 357802 km 
11 Oktober / 405901 km  26 Oktober / 361314 km 
7 November / 405059 km  23 November / 366720 km 
5 Disember / 404445 km  19 Disember / 370258 km 

Jadual di atas merujuk kepada senarai Bulan Apogee dan Bulan Perigee untuk selama tempoh setahun 2019 ini. Ianya disenarai berpandukan sumber AlmanakFalakOnline.

Anggaran kedudukan Bulan ketika Perigee dan Apogee.

Tahukah anda, antara perkara yang menarik mengenai apogee dan perigee adalah melalui kaedah hitungan, kita dapat lihat ulangannya adalah setiap 4 tahun. Mesti tertanya-tanya, apa yang 4 tahun tu? Setiap 4 tahun, kitaran bulan apogee atau perigee akan berulang dan menjadikan tarikh-tarikh setiap ulangan itu adalah sama tarikh atau pun hampir sama dengan tarikh itu. Ini kerana, 53 kali ulangan ke perigee/apogee adalah sepadan dengan 4 tahun kalender. Tempoh min sebulan peredaran Bulan mengelilingi Bumi adalah 27.55455 hari. Purata setahun Gregorian adalah 365.2425 hari. Maka, 

27.55455 x 53 = 1460.3912 hari

365,2425 x 4 = 1460.97 hari

Tarikh-tarikh ulangan itu anda boleh lihat disini.

Ada “kesan sampingan” tak fenomena Bulan perigee ni? Jawapannya..ADA!! Jika kita lihat pada kadar pasang dan surut air laut, kita akan dapat lihat bahawa ketika Bulan perigee, air laut pasang lebih tinggi berbanding biasa. Manakala, apabila Bulan apogee, air laut akan surut lebih rendah berbanding biasa. Kepada yang tinggal di tepi laut atau di laut, hendaklah berhati-hati kerana kemungkinan besar paras air laut yang tinggi boleh menjejaskan tempat tinggal.

Untuk melihat fenomena bulan perigee atau apogee, tak perlu teleskop pun takpe tetapi kalau ada itu, ianya satu kelebihan. Tengok dengan mata ketika Bulan terbit pun semestinya indah taktergambar. Jika ada teleskop dan kamera, mungkin anda boleh buat beberapa kajian di bawah.

1. Ambil gambar bulan ketika perigee dan apogee. Gunakan kamera, setting, teleskop/lensa yang sama untuk kedua-dua perigee dan apogee. Buat perbandingan saiz Bulan. 

Perbandingan saiz Bulan ketika Perigee dan Apogee. Sumber gambar: Balai Cerap Telok Kemang.

2. Ambil gambar bulan. Labelkan permukaan/kawah Bulan dengan betul. Anda boleh gunakan perisian seperti Virtual Moon Atlas.

Peta Bulan yang memaparkan nama beberapa mare dan kawah Bulan yang diedit oleh penulis. 
Nama kawah-kawah Bulan sempena ahli astronomi Islam yang dirakam oleh pelajar latihan industri USIM di Balai Cerap Telok Kemang.
Nama-nama Marepada Bulan yang dirakam menggunakan teleskop di Balai Cerap Telok Kemang.

3. Ambil gambar bulan. Buat perbandingan Bulan secara bulanan

Perbandingan saiz Bulan penuh yang dirakam setiap bulan. Kredit gambar Balai Cerap Telok Kemang. Tempat yang kini penulis sedang menjalani praktikal.

Peredaran Bulan mengelilingi Bumi adalah sesuatu yang dapat dinilai. Perubahan fasanya, kadar kecerahannya, tempoh peredarannya mengelilingi Bumi dan lain-lain berkaitannya adalah boleh dihitung. Lihatlah pada segala kejadian di langit dan di Bumi, moga-moga kita mendapat pengajaran dan bertambah rendah diri memikir alam yang jauh lebih besar berbanding apa yang ada pada diri kita. So yeah, that’s all about the so called “supermoon”. Selamat mencerap fenomena Bulan Penuh Perigee.

“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.” Surah Az-Zumar Ayat 5.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %