Port Dickson, Malaysia
bctkpd.n9@gmail.com

Nebula Planet

Nebula Planet

0 0
Read Time:3 Minute, 39 Second
Siti Sarah Nordin (Eksekutif Pelatih Dakwah MAINS 2018)

 

Nebula ialah awan debu, gas dan plasma yang terdapat di ruang angkasa. Nebula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Diffuse Nebula, Nebula Planet (Planetary Nebula) dan Supernova Remnant.Diffuse Nebula pula terdapat tiga sub-kategori iaitu Nebula Emisi (Emission Nebula), Nebula Pantulan (Reflection Nebula) dan Nebula Gelap (Dark Nebula). Diffuse Nebulajuga dikenali sebagai kilang bintang kerana pembentukan bintang baru terjadi di nebula ini apabila berlakunya pemampatan gas dan debu akibat graviti yang sangat kuat. Tamatnya hayat sesebuah bintang yang mempunyai ketumpatan 20 atau lebih kali ganda berbanding Matahari, maka ia akan mengalami letusan supernova dan nebula yang dipanggil Supernova Remnant akan terbentuk. Jika ketumpatan sesebuah bintang, sama atau sedikit besar dari Matahari, maka di penghujung hayatnya akan membentuk Nebula Planet. Apakah Nebula Planet ini? Adakah ia berkaitan dengan planet?

Gambar 1: Kitaran hidup bintang

Istilah Nebula Planet pertama kali diperkenalkan sekitar tahun 1780-an oleh seorang ahli astronomi British, William Herschel. Nebula Planet tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mana-mana planet. Istilah ini digunakan kerana diawal penemuannya, nebula ini kelihatan bulat seperti sebuah planet melalui teleskop yang terdapat pada ketika itu, justeru dinamakan Nebula Planet. Meskipun istilah ini diperkenalkan oleh William Herschel pada 1780-an tetapi Nebula Planet yang pertama iaitu Nebula Dumbbell (M27, NGC 6853), ditemui oleh ahli astronomi Perancis, Charles Messierpada sekitar tahun 1760-an. Kebiasaanya, Nebula Planet berukuran satu tahun cahaya diameter (1 tahun cahaya = 9.5 trillion km) dan mempunyai jangka hayat kurang dari 100 000 tahun. 

Nebula Dumbbell – M27_NGC6853_ TAKAHASHI 85ED TELESCOPE
5 September 2014_1.10 AM MYT – Telok Kemang Observatory, Negeri Sembilan, Malaysia

Nebula Planet terbentuk di penghujung hayat sesebuah bintang yang mempunyai ketumpatan seperti Matahari atau dua hingga tiga kali ganda berbanding Matahari. Nebula Planet ini lebih tepatnya adalah pengembangan lapisan luar sisa-sisa gas yang masih terdapat pada bintang yang hampir mati. Apabila bintang kehabisan gas hidrogen yang berada di terasnya, maka ia akan membebaskan sebahagian lapisan luarnya ke angkasa lepas dan meninggalkan teras bintang yang kecil dan sangat panas. Teras bintang ini mengeluarkan radiasi bertenaga tinggi. Radiasi ini yang menyebabkan lapisan luar yang terbebas itu bersinar dan boleh dilihat.  Warna-warna Nebula Planet ini bergantung kepada komposisi gas-gas yang terbebas itu.

Gas-gas yang membentuk Nebula Planet ini akan terus mengembang ke ruang angkasa yang lama-kelamaan hilang dari pandangan dan yang tinggal hanyalah teras bintang. Teras bintang pada asalnya sangat panas juga lama-kelamaan menyejuk dan menjadi bintang kerdil putih (white dwarf) dan seterusnya menjadi bintang kerdil hitam (black dwarf). Bintang kerdil hitam ini secara perlahan-lahan akan hilang dari angkasa. 

Berikut adalah antara gambar-gambar Nebula Planet yang berjaya dirakam oleh Balai Cerap Teluk Kemang.

Nebula Helix – NGC7293_ TAKAHASHI 85ED TELESCOPE
2 September 2014_12.05 AM MYT – Telok Kemang Observatory, Negeri Sembilan, Malaysia

Nebula Helix terletak lebih kurang 695 tahun cahaya dari Bumi. Nebula Helix merupakan diantara nebula yang paling hampir dengan Sistem Suria. Nebula Helix ini berada di buruj Aquarius. Nebula Helix ditemui oleh ahli astronomi Jerman, Karl Ludwigpada sekitar tahun 1780-an.

Nebula Eskimo – NGC2392_ 24” OGS TELESCOPE
16 Januari 2015_2.40 AM MYT – Telok Kemang Observatory, Negeri Sembilan, Malaysia

Nebula Eskimo ditemui sekitar tahun 1780-an oleh William Herschel. Nebula Eskimo terletak di buruj Gemini dan berada kira-kira 2870 tahun cahaya dari Bumi. Nebula ini mendapat nama Eskimo kerana rupanya seakan-akan bentuk kepala yang sedang memakai parka hood(kebiasannya digunakan oleh orang Eskimo).

Nebula Ghost of Jupiter – NGC3242_ 24” OGS TELESCOPE
22 Februari 2018_2.55 AM MYT – Telok Kemang Observatory, Negeri Sembilan, Malaysia

Nebula Ghost of Jupiterberada di buruj Hydra dan terletak kira kira 1400 tahun cahaya dari Bumi. Nebula ini juga ditemui oleh William Herschel sekitar tahun 1780-an. Nebula ini mendapat name Ghost of Jupiter kerana kecerahan dan saiznya yang dilihat melalui teleskop seakan-akan planet Musytari (Jupiter).

Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” – Al-Anbiya | Ayat: 16

Selain mengeluarkan cahaya dan warna yang menawan, Nebula Planet juga membantu para pengkaji astronomi dalam memahami kitaran hidup sesebuah bintang dan evolusi elemen kimia seperti karbon, nitrogen dan oksigen dalam galaksi kita iaitu Bima Sakti (Milky Way). Melihat keindahan warna-warni alam semesta yang tersembunyi di langit malam ini merupakan satu anugerah yang menakjubkan dan mampu menyedarkan kita betapa kecil dan kerdilnya kita jika dibandingkan dengan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t yang lain.

About Post Author

BCTK

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %